Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, December 29, 2008
0
Inilah berita yang benar-benar menggemparkan dan menyayat hati. Sebuah 'hadiah' penghujung tahun yang terkeji dari Rejim Zionis kepada warga Palestin di Semenanjung Gaza. Warga di sana yang sejak Jun 2008 telah dikepung dan diputuskan sebarang hubungan dengan dunia luar, menerima 'oleh-oleh' paling dilaknati oleh manusia di penghujung tahun 2008 ini. Pergolakan Palestin-Israel ini telah berlangsung semenjak 41 tahun yang lalu, namun inilah pembantaian yang paling teruk yang pernah direkodkan. Sebuah pembantaian ngeri yang dilakukan dikala seluruh dunia sedang bersantai dihujung tahun menyaksikan peralihan Tahun Hijrah dan Tahun Masehi.



Sabtu (27/12), Rejim Israel melancarkan serangan paling mematikan yang 'memukul rata' masyarakat yang sedang sengsara di Semenanjung Gaza Setakat ini, 350 warga Palestin terkorban (baca-syahid) dan 800 yang lain cedera. Struktur-struktur yang musnah termasuklah stesen televisyen, gudang farmasi, trak minyak, universiti, bangunan pentadbiran dan banyak lagi. Dengan angkatan udaranya yang termasuk paling canggih di dunia, lebih 200 pesawat termasuk pesawat tempur F16 menghentam wilayah Gaza sambil cuba menjustifikasikan perbuatan mereka yang kononnya menargetkan pejuang-pejuang Pelestin yang sering melancarkan serangan roket buatan sendiri ke wilayah Israel.

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel"
-kata seorang pegawai pertahanan awam Israel, Ofer Shmerling pasca serangan tersebut-

Sekadar '
flash back' yang direkodkan beberapa hari sebelum terjadinya peristiwa keji tersebut:
Rabu, 03/12/2008
Dua orang remaja Palestin menjadi syahid selepas terkena bedilan udara tentera Israel berdekatan lapangan terbang Gaza timur bandar Rafah selatan Gaza
Rabu, 03/12/2008
Kapal dari Libya yang membawa 3000 tan makanan dan alat perubatan pada Selasa lalu cuba memasuki perairan Gaza tetapi ditahan oleh bot-bot tentera laut Israel
Jumaat , 05/12/2008
Pelampau Yahudi bertindak melancarkan beberapa siri keganasan terhadap penduduk Palestin di Hebron Tebing Barat dengan menyerang dan membakar rumah orang Palestin dan merosakkan tanaman zaitun selepas tentera Israel mengarah penduduk haram yahudi di situ mengosongkan rumah Al-Rajabi milik rakyat Palestin
Selasa , 16/12/2008
Sekumpulan pejuang Briged Al Qassam, sayap bersenjata Hamas, terselamat dalam satu serangan udara tentera Israel yang mencabuli perjanjian damai di timur Gaza
Rabu , 17/12/2008
Tiga Warga Palestin termasuk dua wanita dan seorang anggota Briged Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam telah cedera pada petang Selasa lalu apabila sebuah helikopter tentera Israel melepaskan dua roket di utara Gaza
Rabu , 17/12/2008
Pengarah ambulan dan kecemasan Palestin, Muawiya Hasanein di dalam sebuah sidang akhbar berkata jumlah mangsa akibat kepungan kerajaan penceroboh Israel (IOA) telah meningkat ke angka 271. Kepungan menyebabkan terputusnya bekalan makanan, ubat-ubatan dsb
Jumaat , 19/12/2008
Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat

Jumaat, 19/12/2008

Gencatan Senjata Selama 6 Bulan Telah Berakhir!

Isnin, 22/12/2008
Semenanjung Gaza semakin tenat akibat pengepungan. 80% wilayah bergelap akibat penutupan stesen janakuasa elektrik oleh Israel. Barang keperluan seperti tepung dan gas telah habis dan ubat-ubatan hanya tersisa sedikit sahaja. 271 orang telah dilaporkan terkorban sejak pengepungan Jun 2008
Jumaat ,26/12/2008
Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza
Jumaat ,26/12/2008
Fraksi Pejuang Palestin , Brigade al Qassam mengancam rejim Zionis akan memperluaskan wilayah serangan ke atas penempatan Israel di sekitar Jalur Gaza jika serangan Israel di teruskan
Sabtu, 27/12/2008

Serangan udara dari lebih 200 pesawat termasuk
pesawat tempur F16 dilancarkan Semenanjung Gaza. Menurut pihak Israel, inilah serangan paling spectacular. Selama lebih dari 41 tahun Palestina dibawah penjajahan Israel, korban kali ini yang terbanyak. Lebih dari 350 warga Palestina gugur sebagai syuhada dan 800 lainnya luka-luka dalam serangan besar-besaran roket Israel. Serangan masih berterusan sampai Ahad.

Serangan keji ini mengundang reaksi dari masyarakat antarabangsa :
Marilah kita doakan supaya serangan ini dihentikan segera dan nyawa-nyawa mangsa serangan dapat diselamatkan dengan dukungan masyarakat antarabangsa. Jika saudara/ri tidak dapat bersimpati dalam isu Palestin ini atas dasar agama, maka bersimpatilah atas dasar hak asasi manusia (rakyat Palestin) yang ditindas setiap masa. Anda yang membaca mungkin tidak dapat ke sana untuk menghulurkan bantuan, tapi setidak-tidaknya anda tahu apa yang terjadi di sana tatkala kita semua sedang bersantai liburan (cuti) di sini. Ya Tuhan Pencipta Alam, sejahterakanlah dunia ini.

Telusuri kisah - kisah perjuangan rakyat palestin di :
n/b -
- Pada saat artikel ini di update, rejim Zionis masih meneruskan serangan walaupun bekalan ubat-ubatan di Palestin sangat kritikal. Ini bakal menimbulkan krisis kemanusiaan yang parah. Zionis juga sedang menyiapkan 6500 tentera darat untuk melengkapkan pembantaian keji tersebut.
- Mari kita bersyukur setinggi-tingginya atas keamanan dan ketenteraman Malaysia & Indonesia

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2008




0 komen: