Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, January 09, 2009
0
( 1. Sulit difahami jika anda tidak boleh meluangkan masa 10 minit untuk membaca artikel di bawah. Penulis mengambil masa kira-kira 10 jam untuk mengumpulkan bahan-bahan dan gambar-gambar di bawah, sekadar untuk menimbulkan sikap peduli terhadap konflik Palestin.
2. Sumber penulisan adalah pelbagai, anda boleh klik pada tulisan berwarna yang diboldkan untuk mengetahui sumber-sumber artikel. Kredit kepada 'Google Search Engine'.
3. Jika anda rasa artikel di bawah boleh menambahkan kepedulian manusia kepada Isu Palestin, silakan disebarkan kepada yang lain. )


Serangan sudah berlarutan selama 14 hari. Dengan kekuatan super canggih, terroris Israel menggempur Semenanjung Gaza yang berkepadatan 4118 orang per kilometer persegi. Hingga hari ke-15 ini, 800 orang telah terbunuh, setengah daripadanya wanita & kanak-kanak. Terroris Israel (Israel Defense Force) yang mempunyai 520 pesawat tempur aktif, 970 kereta kebal (high quality main battle tank), 1430 medium & low quality tank dan beribu-ribu senjata canggih menggempur Semenanjung Gaza yang sangat padat dan miskin itu. Alasannya, menggempur Hamas yang mempunyai sayap bersenjata- Briged Izzedeen al-Qassam. Tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan Hamas ini, yang pasti mereka memiliki roket2 lama anti kereta kebal, anti pesawat dan sejumlah pasukan darat yang mengamalkan pertempuran gerila yang disokong oleh lontaran batu-batu kecil oleh warga Palestin.

Terroris Israel dengan kekuatan super canggih



Hamas (didukung warga Palestin) - pasukan yang bersenjatakan roket-roket lama



Kepungan Kejam 1.5 tahun

Benarkah terroris Israel mengempur Gaza kerana Hamas melancarkan roket-roket ke wilayah Israel? Memang benar, Hamas melancarkan puluhan roket setelah gencatan senjata selama 6 bulan tamat pada 19 Disember 2008. Kenapa Hamas menyerang? Sebenarnya terroris Israel lah yang terlebih dahulu mencabuli gencatan senjata sebagaimana yang telah diceritakan secara kronologis di sini. Terroris Israel menyerang secara kecil-kecilan (sambil membunuh secara kejam), meroboh rumah-rumah, pasar-pasar dan membakar ladang-ladang milik warga Palestin serta meluaskan penempatan Yahudi. Tiada laporan yang diketahui tentang serangan balas Hamas sepanjang tempoh genjatan senjata 6 bulan tersebut kerana memang Hamas tidak melancarkan serangan balas sama sekali. Hal ini ditegaskan oleh Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misyal. Melihat kesengsaraan warganya, Hamas akhirnya terpaksa melancarkan serangan roket setelah gencatan senjata tamat pada 19 Disember kerana meminta terroris Israel membuka kepungan terhadap Gaza yang telah berlangsung selama 1.5 tahun, dan juga kerana merasa dikhianati oleh serangan-serangan terroris Israel selama tempoh genjatan senjata itu.

Kepungan ini bukan kepungan biasa, namun sebuah penjara terbesar di dunia yang dihuni 1.5 juta orang. Lebih tepat jika disebut sangkar manusia! Hubungan Gaza dengan dunia luar terputus sama sekali sama ada melalui jalan darat, udara atau laut. Ratusan orang terbunuh dalam tempoh 1.5 tahun kerana hospital-hospital kekurangan ubat. Puluhan ribu bahkan ratusan ribu yang lain kelaparan kerana kekurangan makanan manakala pergerakan harian juga tidak bebas. Warga Palestin terpaksa melalui pos-pos pemeriksaan oleh terroris Israel setiap hari hatta untuk ke sekolah, pasar atau pulang ke rumah sendiri sekalipun. Anda boleh bayangkan bagaimana tempoh perjalanan yang biasanya mengambil masa beberapa minit bertukar kepada beberapa jam? Zalim sekali apabila terroris Israel ini mengadakan pos-pos pemeriksaan di dalam wilayah warga Palestin sendiri!

Kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak di padang yang tandus turut menjadi sasaran tembakan sniper daripada terroris Israel sehingga sebahagian daripada mereka terbunuh begitu sahaja. 70% penduduk pula terpaksa hidup dalam kegelapan & kedinginan malam yang menyengat kerana ketiadaan bekalan elektrik akibat penutupan stesen janakuasa oleh terroris Israel. Persidangan Parlimen pun tidak dapat dijalankan akibat ketiadaan kertas. Bayangkan bagaimana penduduk kepada sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokrasi oleh 78% rakyat Palestin (di Semenanjung Gaza dan Tebing barat) dalam pilihan raya Januari 2006 begitu ditekan oleh terroris Israel yang disokong oleh terroris Amerika. Kesengsaraan selama 1.5 tahun ini jarang diketahui oleh kebanyakan orang kerana sememangnya media Barat kurang melaporkannya. Tetapi saksi-saksi mata melaporkan bahwa sepanjang tempoh itu, keadaan di Gaza sangat terhimpit dan sangat menyedihkan.













Motif Serangan Israel?

Maka sangat wajarlah apabila Hamas melancarkan serangan-serangan roket setelah genjatan senjata 6 bulan tamat pada 19 Disember 2008. Hamas bukan menyerang kerana mahu menjolok sarang tebuan apatah lagi menunjukkan kehebatan, tetapi Hamas mendesak kepungan dan sekatan yang dikenakan oleh terroris Israel ke atas warga Palestin dihentikan. Terroris Israel juga memang menyerang Palestin sepanjang tempoh gencatan senjata dan tidak menghormati sekian banyak perjanjian damai sebelum ini. Serangan roket-roket Hamas tersebut pun tidak menimbulkan kemusnahan atau kecederaan signifikan kepada penduduk di selatan Israel berbanding kemusnahan fisikal & kematian yang ditimbulkan terroris Israel sejak pengepungan kejam ke atas Gaza.

Tetapi terroris Israel dengan angkuhnya menyerang Semenanjung Gaza 2 minggu tanpa henti sejak 27 Disember 2008. Mereka bukan sahaja menyerang pasukan bersenjata Hamas, namun turut membunuh ratusan orang awam dan mengebom bangunan-bangunan kerajaan, masjid-masjid, hospital, bangunan farmasi, universiti, sekolah hatta markas perlindungan PBB. Keadaan Gaza yang sedia ada darurat berubah menjadi sebuah neraka dunia!

Benarkah roket-roket Hamas adalah alasan penyerangan? Maklumat-maklumat lain menunjukkan bahawa kempen pilihan raya di Israel pada Februari 2009 menjadi alasan tersirat dibalik serangan. Ehud Barak dari Parti Buruh sedang melobi para pengundi bergandingan dengan Tzipi Lizni dari Parti Kadima yang merupakan Menteri Luar Israel bagi menghadapi cabaran Parti Likud, parti pembangkang yang dipimpin Benjamin Netanyahu. Barak dan Lizni mahu menunjukkan bahawa mereka juga ganas dan boleh menyaingi keganasan Netanyahu dalam menghadapi warga Palestin. Lebih jauh, terroris Israel sebenarnya cuba menunjukkan taring mereka kepada Barrack Obama, Presiden Amerika yang cuba mendamaikan konflik Israel-Palestin, agar Obama tahu bahawa terroris Israel perlu terus dipelihara kepentingannya dan agar Obama tidak lupa diri bahawa pelobi-pelobi Yahudi lah yang telah membantu kempen presidennya sehingga Obama dapat menjejakkan kaki ke Rumah Putih (White House).

Warga dunia juga jangan tertipu dengan propaganda media Barat yang mendakwa kononnya terroris Israel menyerang balas Hamas yang sering melancarkan roket. Para doktor di sana dengan yakin boleh membuktikan bahawa ini adalah perang antara terroris Israel dan orang awam sebagaimana yang ditegaskan oleh Dr Mads Gilbert, seorang pegawai perubatan warganegara Norway di Gaza. Beliau mengumpamakan serangan ke atas Gaza seperti serangan ke atas sebuah sebuah sangkar! Jangan pula bersikap tidak cerdik dengan menyalahkan Hamas tidak mahu mengadakan gencatan senjata dengan terroris Israel pasca 27 Disember 2008. Hamas terbukti menghormati gencatan senjata selama 6 bulan sebelumnya dan bersedia melanjutkan gencatan senjata baru dengan syarat : kepungan mengerikan selama 1.5 tahun dihentikan, sempadan Rafah dibuka dan ribuan tahanan warga Palestin dibebaskan oleh terroris Israel. Namun terroris Israel menolak. Maka Hamas yang didukung sepenuhnya oleh warga Gaza tetap tidak akan membuat sebarang gencatan senjata selagi 3 permintaan tersebut tidak tertunai. Tiada ertinya sebarang gencatan senjata bila mana warga Gaza terus tersiksa dan terroris Israel tetap membakar ladang-ladang, meroboh rumah-rumah malah menembak warga Palestin dengan sengaja!

Serangan 27 Disember 2008 & Tragedi Kemanusiaan

Setelah lebih 15 hari serangan kejam terroris Israel yang masih berlangsung sampai sekarang, jumlah mangsa yang terkorban dan tercedera membuak-buak sedangkan hospital-hospital sudah kehabisan ubat dan para dokter telah bekerja bermati-matian. Terroris Israel menyerang membabi-buta termasuklah kepada orang awam, wanita dan kanak-kanak. 2 tragedi nyata (jenayah perang) yang paling kejam adalah serangan pasukan kereta kebal terroris Israel ke atas sekolah yang merupakan tempat evakuasi oleh PBB pada 6 Januari 2008. Serangan itu membunuh 48 orang dan mencederakan puluhan yang lain. Kononnya Hamas melancarkan roket dari sekolah tersebut, namun ini adalah penipuan yang ditegaskan sendiri oleh wakil PBB. Terroris Israel tetap menyerang walaupun sudah mempunyai koordinat GPS yang tepat mengenai markas-markas PBB tersebut.

1 lagi tragedi kejam pada 4 Januari lalu turut didedahkan oleh PBB . Tragedi tersebut berlaku apabila terroris Israel mengumpulkan 110 orang dalam sebuah rumah lalu menembak mereka secara membabi buta keesokan harinya sehingga 30 orang terbunuh. Sangat kejam! Terroris Israel mengumpulkan mereka di rumah itu kononnya supaya menjadi tempat berlindung namun ternyata itu adalah komplot jenayah perang yang keji yang secara jelas membunuh orang awam tidak bersenjata. Terroris Israel juga menggunakan senjata yang dilarang oleh antarabangsa sehingga mayat2 warga Palestin mati terbakar. Israel menjatuhkan fosforus putih di tempat-tempat awam yang mana apabila terkena kulit, tubuh akan terbakar sehingga ke tulang. Para dokter hanya mampu menangis melihat keadaan mayat-mayat warga Palestin yang bercerai-berai dan hancur terbakar!

Banyak lagi kisah-kisah menyayat hati yang terjadi. Ratusan anak-anak menjadi yatim piatu, beberapa buah keluarga terkorban sekaligus akibat dibom, Bayangkan bagaimana 12 orang sekeluarga mati sekaligus, atau anak kecil yang kehilangan orang tuanya, atau ayah dan ibu kehilangan kesemua anak-anaknya! Tiada kalimat yang boleh menceritakan semua ini. Orang awam yang sedang tidur dibunuh secara beramai-ramai ditengah kepekatan malam, para jemaah Muslim yang sedang solat di masjid-masjid dibom, dan mati tertimbus oleh dinding-dinding batu dan sekali lagi tiada kalimat yang boleh menceritakan semua ini. Belum lagi ribuan orang yang menjadi cacat akibat kecederaan. Para dokter di hospital hanya mampu merintih kerana melihat bertambahnya mangsa sedangkan bekalan ubat-ubatan di hospital habis sama sekali . Manakala lebih 50% ambulans tidak boleh beroperasi kerana ketiadaan minyak sejak pengepungan 1.5 tahun lalu.

Terbaru, Bank Dunia mengeluarkan amaran bahawa 10 ribu orang terancam mati lemas dalam air najis sekiranya loji kumbahan di Beit Lahiya pecah. Loji tersebut tidak dapat berfungsi kerana kekurangan elektrik & bahan bakar akibat sekatan oleh terroris Israel. Pada Mac 2007, banjir yang serupa pernah terjadi sehingga membunuh 5 orang & 1500 yang lain hilang tempat tinggal. Bekalan air bersih pula hampir putus sama sekali. Andaikata loji kumbahan di Beit Lahiya benar-benar pecah, maka tidak dapat digambarkan bagaimana sadisnya keadaan warga Palestin. Mereka bakal terbunuh mendadak dengan cara mati lemas, atau mati secara perlahan-lahan kerana pelbagai macam penyakit akibat sisa kumbahan. PBB pula telah menghentikan penyaluran bantuan sejak 9 Januari kerana mereka turut menjadi sasaran serangan oleh terroris Israel. Maka makin ramailah warga Palestin yang bakal terbunuh secara perlahan-lahan dan adakah warga dunia sekadar menyaksikan?











Pengganas Israel menyerang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa :







Orang awam juga dibedil secara zalim







Apa yang pasti, belum ada tanda-tanda peperangan akan selesai. Kalau pun selesai, tragedi ini telah meragut nyawa hampir seribu orang sedangkan ribuan yang lain cedera, cacat dan sebagainya. Puluhan bahkan ratusan ribu orang mengalami trauma yang berat manakala kemusnahan fizikal memerlukan dana yang yang sangat besar untuk dipulihkan. Masa depan yagn cerah untuk anak-anak sudah pupus sama sekali. Namun, seandainya perang tamat esok atau lusa, ia sama sekali tidak boleh menurunkan momentum kecintaan kepada Palestin dan kebencian kepada terroris Israel! Sangat mendukacitakan sekiranya warga dunia berdiam diri jika perang di tahun baru ini tamat. Seperti kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia : 'Israel perlu digesa keluar dari Gaza dan baru gencatan senjata dapat dijayakan' (8 Januari 2009)

Apa yang boleh dilakukan?

Mungkin subjek mengenai Israel-Palestin perlu diterapkan di sekolah-sekolah sebagaimana anak-anak kecil Israel diajarkan di sekolah-sekolah mereka untuk meratah-ratah daging orang Arab. Saranan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein supaya diadakan kegiatan berupa seminar tentang konflik Palestin adalah sangat dialu-alukan. Semoga negara-negara lain pun dapat mencontohi usaha ini. .

Seruan boikot penggunaan matawang dolar juga sangat baik untuk dipertimbangkan. Idea yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan bakal memberikan impak sekiranya dilakukan secara global kerana terbukti Amerika menyalurkan dana USD 91 juta per hari kepada Israel.! Jumlah ini diperoleh dari pembayar-pembayar cukai di Amerika dan mereka sendiri baru sedar kebelakangan ini tentang wang mereka yang telah disalah gunakan.

Sekiranya Dewan Keamanan PBB sudah 'mandul', maka apakah kewajaran negara-negara anggota PBB terus bertahan di bawah sebuah organisasi boneka? Protes berupa penarikan diri secara sementara dari PBB oleh negara-negara anggota mungkin agak ekstrim dan anarkis, namun kenyataannya memang Dewan Keselamatan PBB telah dimandulkan berkali-kali oleh kuasa veto Amerika!

Umat Islam juga semakin muak dengan sikap pemimpin-pemimpin dunia Arab yang membutakan mata dan memekakkan telinga dalam konflik ini. OIC yang ditubuhkan pada 1969 setelah serangan Israel ke atas Jerusalem dua tahun sebelumnya juga gagal membela Palestin. Sedangkan OIC sendiri tertubuh sebagai sebuah solidariti umat Islam pasca serangan ke atas al-Quds itu. Sangat memalukan apabila organisasi yang menaungi 1.5 bilion umat Islam gagal berbuat sesuatu yang signifikan terhadap 1.5 juta warga Gaza yang dibedill secara kejam. Pasukan pengaman sendiri oleh negara-negara OIC mungkin perlu ditubuhkan kerana PBB sering kali membungkam dalam isu ini.

Sekatan ekonomi berupa boikot terhadap produk2 terpilih Israel dan Amerika bakal memberikan dampak yang besar. Para pemimpin perlu menggerakkan masyarakat di kawasan mereka supaya turut serta dalam memboikot dan orang ramai pula perlu lah menyokong usaha ini. Kita tidak akan mati jika tidak makan di restoran Mc Donalds atau menikmati dinginnya air Coca Cola dan kopi Starbucks, namun warga Palestin berkemungkinan untuk mati apabila ada yang menggunakan produk2 ini.

Konflik ini sebenarnya bukan isu umat Islam, namun adalah konflik kemanusiaan yang menggugah hati manusia-manusia yang masih ada cinta. Kegiatan subversif dan terrorisme di pelosok dunia juga banyak diakibatkan oleh sikap Amerika & Barat yang pro-Israel. Lihat saja serangan 11 September 2001, Bom Bali, Bom Mumbai dan banyak lagi. Maka, konflik ini tidak boleh dibiarkan berlarutan jika tidak mahu dunia dipenuhi kelompok-kelompok radikal. Warga dunia mesti komited untuk menyelesaikan konflik ini! Cintailah Palestin, musuhi terroris Israel. Dermakan wang anda ke warga Palestin dan boikot produk-produk yang secara jelas mendukung kegiatan terrorisme oleh terroris Israel dan Amerika! Kepada yang muslim, jangan lupakan doa dan Qunut Nazilah dalam solat-solat anda.

p/s : Kita juga jangan terlepas pandang tentang peranan besar Mesir yang mengkhianati Palestin dengan 'membantu' serangan Israel dan 'membunuh' secara halus orang-orang yang tidak berdosa. Klik di sini dan sini . Mungkin wajar jika pelajar-pelajar Malaysia di Mesir meminta Kedutaan Besar Malaysia mendesak Kerajaan Mesir di bawah diktator Husni Mubarak supaya segera membuka perbatasan Rafah.

p/s : Jika para pembaca tidak dapat berbuat apa pun utk membantu Palestin, maka lebih baik duduk di atas sofa, mengunyah kacang sambil menonton episod kematian warga Palestin di kaca TV .

'Ya Tuhan! Kami mengadu kelemahan diri dalam membantu umat manusia
di Palestin'

Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat, Jakarta.

0 komen: