Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, December 11, 2009
0

Dimaklumkan bahawa T.Y.T. Dato' Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan telah memulakan tugas dengan rasmi beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia pada 3 Disember 2009 lalu. Warga PKPMI-CJ mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada TYT Dato' Duta Besar.


Berikut adalah nasihat TYT Dato' Duta kepada Para Pelajar di Indonesia:

Salam semua pimpinan mahasiswa PKPMI dan Kelab UMNO dan Warga Pelajar Seluruh Indonesia,

Sukacita dimaklumkan bahawa TYT Dato' Syed Munshe Afdzarudin Syed Hassan, Duta Besar Malaysia di Indonesia telah memulakan tugas rasminya di Jakarta. Pada mesyuarat Diplomatik pada 7 Disember 2009, saya telah menyampaikan salam daripada semua pimpinan pelajar dan warga pelajar di Indonesia.

Dalam nasihatnya tadi, beliau mengambil berat tentang pelajar-pelajar di Indonesia dan ingin melihat kita semua lebih berdikari dan menunjukkan kecemerlangan dalam akademik. Beliau juga berpesan kepada pemimpin pelajar agar menguruskan persatuan dengan penuh intergriti, bertanggungjawab dan jujur. Kita juga perlu mempunyai keterampilan diri yang unggul. Hubungan kita dengan pelajar-pelajar Indonesia perlu ditingkatkan lagi.

Sekiranya ada peluang, saya akan aturkan pertemuan-pertemuan TYT Dato' Duta dengan warga pelajar agar warga pelajar dapat berinteraksi langsung dengan TYT Dato' Duta Besar.


Salam.

Datuk Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111


Latar belakang T.Y.T. Dato’ Syed Munshe Afdzarudin bin Syed Hassan

Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia

YBhg. Dato’ Syed Munshe Afdzarudin bin Syed Hassan adalah anak kelahiran negeri Terengganu pada 21 Disember 1954. Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1984 dan berkhidmat di Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Setiausaha. Pada tahun 1988, beliau telah ditugaskan sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan. Beliau juga pernah dilantik sebagai Penasihat Kedutaan, Kedutaan Besar Malaysia di Paris, Perancis pada tahun 1996, Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia pada tahun 2000, Menteri Kedutaan/ Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada tahun 2002. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Islam of Iran pada 4 Januari 2005 sehingga sekarang. YBhg. Dato’ Syed Munshe Afdzarudin bin Syed Hassan telah berkahwin dan dikurniakan dengan 4 orang anak.

Kementerian Luar Negeri, Malaysia

PUTRAJAYA.







0 komen: