Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, February 19, 2011
0
Berikut merupakan Kertas Kerja Tabung Kebajikan PKPMI Pusat. Kertas Kerja ini telah dibahaskan semasa Kongres Nasional PKPMI tempoh hari. Penubuhan Tabung Kebajikan ini telahpun diinisiatifkan oleh PKPMI Pusat sesi 2008/2009 dan diteruskan oleh PKPMI Pusat sesi 2009/2010. Melalui penubuhan Tabung Kebajikan, kami berharap kebajikan semua ahli dapat lebih terjaga dan diselaraskan antara ahli daripada pelajar tajaan dan pelajar persendirian.




TABUNG KEBAJIKAN


1.0 Pendahuluan

Tabung kebajikan PKPMI Pusat adalah satu tabung yang bertujuan untuk membantu para pelajar di seluruh Indonesia jika terdapat masalah-masalah kecemasan dan juga masalah-masalah yang lain. Tabung kebajikan ini ditubuhkan secara dasarnya adalah untuk MENGURANGKAN beban para pelajar yang ditanggung oleh pelajar. Oleh itu, mekanisme tabung kebajikan telah diubah supaya mekanisme pemberian ini lebih adil kepada semua pelajar.


2.0 Objektif penubuhan

2.2 Mengurangkan beban yang ditanggung oleh mahasiswa sekiranya mempunyai masalah.
2.3 Membantu dengan secepatnya jika terdapat masalah-masalah kecemasan.
2.4 Merangka satu mekanisme yang lebih telus dan adil supaya tidak ada berat sebelah dalam pemberian sumbangan kepada pelajar.


3.0 Sumber Dana

3.1 Sumbangan tahunan sebesar Rp 10.000 atau pun lebih dari setiap mahasiswa/i. Hanya pemberi sumbangan yang berhak mendapatkan sumbangan dari Tabung Kebajikan.
3.2 Sumbangan dan bantuan kewangan dari pihak-pihak yang berminat (VIP, ahli perniagaan, dll).
3.3 Sasaran dana adalah sebanyak Rp 50 juta dan ke atas.


4.0 Pengurusan Dana

4.1 Dana akan disimpan di akaun Bank Syariah BNI.
4.2 Akaun akan dibuka atas 1 penama (AJK PKPMI Pusat)
4.3 Setiap pengeluaran dana memerlukan pengesahan Bendahari dan YDP PKPMI Pusat.
4.4 Dana minimum yang sentiasa harus ada dalam akaun tabung kebajikan PKPMI Pusat adalah sebanyak Rp 10juta. Sekiranya kurang daripada itu, pihak jawatankuasa haruslah memikirkan cara untuk menambah dana.
4.5 Dana akan diaudit oleh juru audit yang akan dilantik. Laporan pengeluaran dan kemasukan dana hendaklah dibuat dan disebarkan untuk menjamin ketelusan.
4.6 Akaun akan ditutup setiap kali akhir sesi PKPMI Pusat, dan AJK seterusnya bertanggungjawab untuk membuka akaun yang baru atas nama bendahari yang baru. Untuk menjamin ketelusan, AJK pengurusan yang lama hendaklah membuat pengakuan dan pendedahan kepada semua ahli tentang jumlah dana semasa, sebelum menutup akaun tersebut.
4.7 Laporan pengurusan dana hendaklah dibentangkan semasa Kongres Tahunan PKPMI Pusat.


5.0 Jenis pelayanan Tabung Kebajikan

5.1 SUMBANGAN
5.1.1 Jenis Sumbangan
5.1.1.1 Penyakit yang memerlukan rawat inap*
a) Berat : Yang memerlukan pembedahan
b) Ringan : Denggi, Tifoid, Hepatitis dan lain-lain.
  • Sumbangan diberikan adalah sebanyak 15% daripada jumlah yang perlu ditanggung oleh pelajar.
  • Sumbangan akan dipertimbangkan apabila jumlah rawat inap yang ditanggung oleh pelajar bermula daripada 500 ribu rupiah.
  • Sumbangan maksimum yang dapat diperuntukkan oleh PKPMI Pusat adalah sebanyak dua juta rupiah
5.1.1.2 Masalah kecurian dan harta benda
  • Sumbangan diberikan adalah 10% daripada kerugian yang yang ditanggung oleh pelajar.
  • Sumbangan akan dipertimbangkan apabila jumlah kehilangan dan kecurian harta benda para pelajar bermula daripada 500 ribu rupiah.
  • Sumbangan maksimum yang dapat diperuntukkan oleh PKPMI Pusat adalah sebanyak sejuta rupiah.
  • Untuk kehilangan kenderaan (motor/kereta)** : Ini tergantung kepada YDP Pusat untuk mempertimbangkan adakah perlu untuk diberikan sumbangan ataupun tidak.
5.1.1.3 Kematian keluarga terdekat: Rp 500,000
5.1.2 Mekanisme Permohonan dan Penyaluran Sumbangan
5.1.2.1 Ahli hendaklah membuat permohonan melalui PKPMI Cawangan.
5.1.2.2 Cawangan hendaklah menyatakan jenis sumbangan (seperti di atas) yang dipohon serta mengesahkan kesahihan permohonan.
5.1.2.3 Sumbangan akan disalurkan melalui akaun PKPMI cawangan dan PKPMI cawangan bertanggungjawab untuk menyalurkannya kepada pemohon.


6.0 Syarat penerima

6.1 Ahli PKPMI
6.2 Keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak mampu dan memerlukan serta mereka yang membayar duit tahunan.


7.0 Keterangan Lain

7.1 Jumlah sumbangan atau pinjaman yang akan diberikan kepada pemohon adalah tergantung kepada kebijakan dan budi bicara YDP Pusat dan YDP Cawangan serta Exco Kebajikan Pusat.
7.2 Masalah birokrasi akan diminimalkan supaya matlamat penubuhan tabung ini akan tercapai. Walaubagaimanapun segala prosedur yang ditetapkan harus diikuti untuk mengelakkan sebarang penipuan dan penyelewengan dana dari tabung ini.
7.3 Nilai kejujuran dan amanah yang tinggi sangat diperlukan agar segala proses dapat berjalan dengan lancar.


8.0 Penutup

Demikian kertas kerja ini dibuat supaya mekanisme pemberian ini lebih adil kepada semua pelajar. dengan harapan ia akan mendapat sokongan dan kerjasama dari banyak pihak. Kami turut berharap agar perubahan kepada mekanisme tabung ini dapat direalisasikan sekaligus membantu dan menjaga kebajikan pelajar dalam menghadapi masalah terutama masalah yang melibatkan urusan kewangan. Kami mengharapkan kritikan dan cadangan kepada kertas kerja ini bagi membantu kami memantapkan pengurusan dan seterusnya harapan penubuhan tabung ini akan terpenuhi dan dilaksanakan dengan jayanya.


__________________________________________________________________________
* Ini atas pertimbangan sesiapa yang mempunyai motor ataupun kereta dianggap mampu dan kita mahu menumpukan kepada mereka yang lebih memerlukan bantuan tersebut.
** 1. Bantuan ini hanya dipertimbangkan hanya kepada mereka yang masih lagi belum mempunyai insuran ATAU
2. Mereka yang mempunyai insuran tetapi jika ada sebahagian daripada kos perubatan tidak ditanggung oleh insuran, maka kos yang itu akan dipertimbangkan untuk diberikan bantuan.

0 komen: