Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, September 10, 2014
0
Memandangkan pada sesi yang lepas, terdapat beberapa komen dan cadangan yang telah dibuat tentang pembahagian dalam tabung kebajikan pelajar, maka pihak PKPMI-CJ sesi 2014/2015 telah memperkenalkan sebuah skim kebajikan yang terbaharu, hasil baikpulih cara pengurusan tabung kebajikan yang sedia ada. skim ini dipanggil SKIM KEBAJIKAN PELAJAR (SKEP) .
Jadi, apakah SKEP?


SKEP merupakan penambahbaikan kepada tabung kebajikan sedia ada dengan beberapa SOP (Standard of Procedures) yang telah digariskan. Suntikan dana kepada SKEP adalah Rp 15,000,000 berbanding Rp 2,500,000 sebelumnya.
.
Kebaikan yang disediakan oleh SKEP adalah seperti berikut:
• Kos rawatan tambahan
• Khairat kematian
• Kes kehilangan atau kecurian
.
Kos Rawatan Tambahan
Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat menuntut 20% daripada kos rawatan yang tidak ditanggung oleh pihak insurans, dengan syarat kos rawatan yang tidak ditanggung oleh pihak insurans di bawah Rp 5,000,000. Sekiranya kos rawatan yang tidak ditanggung pihak insurans melebihi Rp 5,000,000 (misalnya Rp 7,500,000), pihak PKPMI-CJ hanya akan menyumbang 20% daripada kos maximum (Rp 5,000,000) iaitu sebanyak Rp 1,000,000.
Sumbangan di bawah SKEP merangkumi semua jenis penyakit yang memudaratkan kesihatan dan tidak melindungi perkara-perkara berikut:
• Penyakit yang dialami sebelum perlantikan PKPMI-CJ sesi 2014/2015
• Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang
• Kehamilan atau kelahiran
• Ubat-ubat tambahan (bukan pengubatan utama)
• Pembedahan plastik atau kosmetik
Tuntutan sumbangan perlulah disertakan dengan resit rawatan perubatan.
.
Khairat Kematian
Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat menuntut sebanyak Rp 300,000 sekiranya kehilangan ahli keluarga dekat seperti ibu, bapa, datuk, nenek dan adik-beradik.
Tuntutan sumbangan perlulah disertakan dengan sijil kematian ahli keluarga.
.
Kes Kehilangan dan Kecurian

Melalui SKEP, para pelajar Malaysia berstatus aktif dan berdaftar di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dapat memohon sumbangan sekiranya kehilangan barang atau dokumen penting atau terlibat dalam kes kecurian. Walaupun, sumbangan hanya diluluskan sekiranya disertakan laporan pihak polis. Jumlah sumbangan adalah mengikut budi bicara Yang Dipertua PKPMI-CJ sesi 2014/2015.
.
Cara Membuat Tuntutan
Untuk menerima sumbangan melalui SKEP, hubungi Ketua Biro Kebajikan PKPMI-CJ sesi 2014/2015, Uzairie Bin Anwar di talian +60145590014 atau +6287786380766. Para pelajar akan diminta untuk mengisi borang tuntutan sebelum menerima sumbangan daripada SKEP.
Sumbangan akan diserahkan melalui akaun pelajar terbabit dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penyerahan borang tuntutan kepada pihak PKPMI-CJ sesi 2014/2015.

Diharap dengan SKEP, segala beban dapat diringankan dengan efisien.

Sekian, terima kasih


0 komen: