Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, January 10, 2015
0
Pada 9 November 2014, pihak dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) telah menganjurkan  Program Outreach Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Program ini melibatkan kesemua mahasiswa Malaysia di Jakarta dan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang "criminelise war"  dan memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.


Acara dimulakan seawal jam 8 pagi bertempatkan di Kedutaan Besar Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program seperti, jualan gerai, pameran, persembahan, ceramah dan kutipan derma dan ‘flashmob’. 

Acara ini disambut meriah ditambah pula dengan kehadiran para mahasiswa di luar Jakarta. Program ini sedikit sebanyak telah berjaya meraih sumbangan dana hasil dari pelaksanaan acara pada hari tersebut disumbangkan ke pihak Perdana Global Peace Foundation selain hasil sumbangan dari pihak PKPMI Pusat dan PKPMI-CJ sendiri. 

Selain itu, dendangan nasyid yang bertemakan perjuangan  dan persembahan flashmob yang disertai oleh semua hadirin termasuk para VIP sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam dan kesedaran terhadap para tetamu yang telah hadir.


Lebih dari 200 orang tetamu  yang telah hadir pada program tersebut dan  wakil dari Outreach Global Peace Foundation  sendiri untuk membicarakan dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai apa berlaku disana.

Program tersebut telah berjalan dengan selamat dan lancar dan tercapai objektifnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Next
This is the most recent post.
Older Post

0 komen: