Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, November 05, 2008
0
p

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Pusat, Kelab UMNO Jakarta , UKRIDA Malaysian Students Association, dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI)

mempersembahkan

Malam Sedondang Sayang

RUMAH TERBUKA PELAJAR MALAYSIA SELURUH JAKARTA
Ahad, 9 November 2008
Aula UKRIDA, Jakarta Barat


Pelbagai hidangan makanan tradisional, tayangan filem budaya, tarian kebudayaan menanti anda!

Penampilan istimewa persembahan teater pelajar bertajuk ‘Tanah Bernanah’.

Terbuka kepada Seluruh Pelajar Malaysia di Jakarta

Pakaian:
Lelaki: Baju Melayu Lengkap beserta Samping/ Sut Hitam
Perempuan: Baju Tradisional
Confirm Kedatangan Anda dengan wakil dari setiap universiti:
UKRIDA: Raihana alee5a@yahoo.com
TRISAKTI: Ameerah amee_emerald@yahoo.com
UPMoestopo: Yaya ya2_empire@yahoo.com,
UIN: Firdaus +6287878186909

Mari beramai-ramai meriahkan suasana!
Karnival Sukan Mini Jakarta
sempena Karnival Sukan SeIndonesia (14-16 Nov 2008, Jogjakarta)
Futsal - Badminton - Bowling
Satu karnival sukan mini akan diadakan pada 9 November 2008 sempena persediaan menyambut karnival sukan seIndonesia yang bakal diadakan di Jogjakarta pada 14 hingga 16 November 2008 nanti.
Pertandingan bagi permainan Futsal, Badminton, dan Bowling akan diadakan pada hujung minggu ini bagi membolehkan panitia memilih pemain berbakat untuk mewakili Jakarta ke Karnival Sukan di Jogja tersebut.
Berikut adalah butiran tentang pertandingan-pertandingan:

BADMINTON DOUBLES
  • Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan Badminton, anda boleh emailkan nama anda kepada saudara Fahmi di mpami02@yahoo.com atau hubungi 081808976662.
  • Kategori yang dipertandingkan adalah Double Lelaki dan Double Perempuan.
  • Terbuka kepada semua yang mendaftar sebelum hari Jumaat, 7 November 2008.
    (Seramai 5 orang pemain yang akan dipilih mewakili Jakarta)
BOWLING OPEN
  • Pertandingan Bowling Open akan diadakan pada hari Ahad, 9 November 2008 di AutoMall, Jl Jend Sudirman. (Bersebelahan dengan Ritz Carlton Pacific Place)
  • Terdapat 2 Kategori yang dipertandingkan iaitu Ketegori Lelaki dan Perempuan. Hadiah akan diberi pada pemain terbaik setiap kategori.
  • Bagi kedua-dua kategori, pemain dapat memilih dua pakej yang ditawarkan.
  • Pakej A adalah pakej individu dimana peserta membayar sebanyak Rp10 000 per game (Tidak termasuk kasut). Pertandingan akan dimulakan pada jam 1 petang. Panitia akan mengambil jumlahpoint bagi 2 Game bermula jam 1 Petang.
  • Pakej B adalah pakej berkumpulan. Peserta pakej ini berpeluang menikmati permainan Unlimited dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pihak panitia akan memberitahu pemain game yang akan diambil kira untuk pertandingan iaitu 2 game yang bermula selepas jam 1 petang.
  • Jumlah peserta untuk pakej B adalah 5 orang per team. Bayaran per orang adalah cuma Rp40 000 (untuk main sampai puas dari jam 10am-5pm)
  • Bagi yang berminat mengikuti pertandingan ini, sila emailkan nama pada saudara Nash di izzun_nasheef@yahoo.com atau hubungi 085959479250 selewat-lewatnya Jumaat, 7 November 2008.(Seramai 3 peserta Lelaki dan 3 Wanita bakal dipilih mewakili Jakarta)
FUTSAL ALLSTARS
  • Pertandingan Futsal Allstars juga akan diadakan bagi membolehkan panitia memilih permain yang akan mewakili Jakarta ke Jogja nanti.
  • Sebanyak 2 team dari UKRIDA, 2 dari Trisakti, 2 dari UIN, dan masing-masing 1 dari UI dan Moestopo akan bertanding pada pertandingan ini.
  • Pertandingan bakal berlansung pada 9 November 2008, bertempat di Kampus 2 UKRIDA, Jakarta Barat.
  • Bagi membolehkan pemilihan dilakukan dengan adil dan membuka peluang kepada semua pemain dari setiap angkatan, format pertandingan AllStars diperkenalkan pada kali ini.
  • Setiap team yang bertanding disyaratkan oleh panitia untuk memilih pemain terbaik dari setiap angkatan. Satu pasukan yang terdiri daripada 7 pemain (5 main, 2 sub) harus tidak boleh melebihi 2 orang pemain dari angkatan yang sama.
  • Walaupun pemilihan pemain yang bakal mewakili Jakarta adalah secara individu (tidak semestinya semua terpilih dari team juara), team yang menjuarai pertandingan akan mendapat hadiah menarik.
  • Sebarang pertanyaan dan pendaftaran team bolehlah email ke traiblaizers_xp7@yahoo.com atau hubungi saudara Pai di 081932316990 selewat-lewatnya Jumaat, 7 November 2008. (Sebanyak 16 orang pemain akan dipilih mewakili Jakarta)
SEKIAN, TERIMA KASIH=)

0 komen: