Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

0
NOTIS BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
PKPMI-CJ

Dalam masa setahun ini, telah berlaku beberapa kes jenayah dan rompakan keatas mahasiswa Malaysia, sehingga ada yang meragut nyawa. Oleh itu kami meminta pelajar mengamalkan sikap berhati-hati.

Antara tips keselamatan adalah:
  1.  Elakkan berjalan bersendirian terutamanya bagi pelajar perempuan.
  2. Jaga tas tangan sebaiknya. Kebanyakan kes ragut berlaku ketika pelajar tidak sedar dan kebanyakannya kerana kesempatan yang ada.
  3. Elak menggunakan telefon bimbit ditepi jalan.
  4. Jangan terpedaya dengan tawaran baik dari pihak tidak dikenali seperti memberi tumpang kereta, menawarkan tawaran hadiah melalui telefon dan pelbagai lagi.
  5. Elakkan memberi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.
  6. Kunci pintu setiap kali anda berada atau keluar dari rumah.
  7. Jangan benar orang yang tak dikenali masuk ke rumah. Bagi pelajar yang menginap di rumah kosan, pastikan ibu kosan ada jika orang tidak dikenali mahu melihat bilik.
  8. Elakkan keluar malam tanpa urusan yang tidak perlu.
  9. Simpan barang berharga anda ditempat yang selamat.

Jika berlaku jenayah, perkara yang perlu anda lakukan adalah:
  1. Pastikan keselamatan anda terlebih dahulu. Jangan bertindak hingga boleh membahayakan kesihatan.
  2. Jerit meminta tolong kepada orang sekelilig (contoh: MALINGGGG!!). Penjenayah sangat takut dengan penghakiman massa (dibelasah oleh warga awam).
  3. Laporkan segera kepada wakil PKPMI-CJ di universitas anda:


  1. Telefon segera Bank untuk block kartu ATM. Nombor telefon bagi Bank CIMB NIAGA ialah 14041.
  2. Laporkan kepada pihak polisi (dengan bantuan Biro Kebajikan/Senior).
  3. Dalam laporan polisi, laporkan hal yang berlaku dan semua barang yang hilang. Perlu membawa Pasport (jika ada) dan nombor rekening Bank.

KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!
http://pkpmijakarta.blogspot.com


STANDARD OF PROCEDURE (SOP)KEBAJIKAN PELAJAR EM LUAR NEGARA 2012