Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

Marley And Me Marley And Me

Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

Crank:High Voltagejavascript:void(0) Crank:High Voltage

Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

WATCHMEN - The Movie WATCHMEN - The Movie

Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

Bedtime Stories Bedtime Stories

Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

Bedtime Stories Bedtime Stories

Makan Malam Bersama Dato Ahmad Shabery Cheek

Bedtime Stories Bedtime Stories
Latest News

Dapatkan T-Shirt Futsal PKPMI-CJ 2009

Posted by on 7 December 2009 , under | komen (0)



T-SHIRT KEJOHANAN FUTSAL PIALA DATO DUTA ANJURAN PKPMI 2009..
BELI JGN TAK BELI!!!



Interaksi Membina JatiDiri bersama Prof Dato Muhd Abu Bakar~Wacana Satu Malaysia~

Posted by on 24 November 2009 , under | komen (0)



Pada 17/11/2009 bertempat di Hotel Manhattan, Mega Kuningan, telah diadakan pertemuan Interaksi membina Jati Diri bersama Professor Dato Muhd Abu Bakar yang membahaskan isu tatanegara seiring Wacana Satu Malaysia iaitu Menangani Demokrasi Dalam Era Globalisasi. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam sebaik sahaja selesai makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur.


Sekitar 50 orang mahasiswa Malaysia di Jakarta hadir ke majlis itu yang dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dato Dr Junaidi Abu Bakar. Mahasiswa-mahasiswi yang hadir pada malam itu adalah dari Fakultas Kedokteran Universitas Kristen Krida Wacana(FK Ukrida), Fakultas Kedokteran Universitas Trisakti(FK Usakti), Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia (FKUI), Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Prof Dr Moestopo (Beragama)(FKG UPDMB), dan Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Trisakti(FKG Usakti).

Prof Dato Muhd Abu Bakar yang juga Mantan Dekan Fakulti Kesenian Universiti Malaya dan Mantan Penyandang Kerusi Tunku Abd Rahman di London dan Pakar Politik Mahasiswa, memberi penyuluhan kepada mahasiswa Malaysia di Jakarta akan definisi Globalisasi dan Impak Globalisasi terhadap Ekonomi ,Sosial dan Politik Negara. Dalam pertemuan yang berlangsung selama 2 jam, pelbagai Ideologi tentang Globalisasi dan Cara Menangani Demokrasi diterapkan kepada mahasiswa agar lebih menyedari situasi Politik, Sosial dan Ekonomi Negara seiring Tuntutan Perdana Menteri Malaysia mengarah kepada Masyarakat Satu Malaysia.

Majlis Ilmiah itu diteruskan dengan sesi interaksi mahasiswa bersama Prof Dato Muhd Abu Bakar untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan soalan pada pertemuan itu. Majlis kemudian diakhiri dengan minum malam yang disediakan oleh pihak penganjur.



Kejohanan Futsal Piala Dato Duta

Posted by on 23 November 2009 , under | komen (0)








Hari Raya Aidiladha di Kedubes

Posted by on , under | komen (0)




TENTATIF HARI RAYA AIDILADHA

Tarikh: 27/11/2009 bersamaan Hari Jumaat

Tempat : Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Pusat


Acara:
7.00 pagi- Pelajar dan Pegawai kedutaan berkumpul
7.30 pagi-Solat sunat aidiladha
8.30 pagi-Gotong-royong penyembelihan(ada makanan disediakan)
11.30 pagi-Solat Jumaat(solat di kedutaan besar malaysia)
1.00 ptg- Agihan daging
2.00 ptg-bersurai

****Pelajar diminta membawa pakaian yang sesuai untuk aktiviti gotong-royong
Sarapan pagi disediakan.



KETERLAMBATAN PEMBAYARAN ELAUN JPA

Posted by on 11 November 2009 , under | komen (0)






Saudari,


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk e-mail saudari bertarikh 7 November 2009 mengenai perkara di atas.

2. Untuk makluman saudari pihak JPA telah mengemukakan nama untuk arahan pembayaran kepada bank mulai 22/10/2009. Kemudian pihak bank memulakan proses pembayaran secara manual kepada pelajar mengikut turutan nama 674 orang pelajar di Indonesia. Hingga 9/11/2009 pihak bank telah memproses hingga ke huruf M. Di antara punca kelewatan ini berlaku ialah kerana sistem manual yang masih digunakan. Untuk makluman, pihak bank telah memberi cadangan kaedah baru pembayaran elaun yang lebih berkesan menggantikan kaedah Untuk makluman, pihak bank telah memberi cadangan kaedah baru pembayaran elaun yang lebih berkesan menggantikan kaedah manual dan perkara ini sedang dalam peringkat perbincangan kerana ia melibatkan teknikal. Sehubungan itu, berharap pelajar-pelajar dapat bersabar kerana pihak JPA dan bank sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Sekian, terima kasih.



‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA,

Saya yang menurut perintah




Othman b Mohd Nazari

Bahagian Pembangunan Modal Insan

b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan awam


PKPMI-CJ Bowling Tournament..

Posted by on 8 November 2009 , under | komen (0)




Tarikh :15 Nov 2009 (Sunday)
Waktu :0930
Tempat :Super Lane Bowling Alley, Blok M
(6th Floor Pasaraya Grande)


Download Borang Penyertaan di sini!!!

Bayaran Penyertaan : Rp 200 000 per team

  1. Setiap universiti dibenarkan untuk menghantar maksimum empat kumpulan sahaja( 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita)
  2. Setiap kumpulan dibenarkan untuk untuk mendaftarkan 4 peserta sahaja.

Sila Hubungi :
UI & IKJ: NUR ASHIKIN BT AHMAD RAZALI (081908455154)
TRISAKTI: SOFIUDDIN BIN NORDIN (081807085621)
UIN : MOHD SUHAIB BIN ATAN (087881326641)
MOESTOPO: MIMI NUR MISUARI BT SAARI (081807483787)
UKRIDA : MUHAMAD ADIB BIN AYOB (081806123227)

Hadiah-hadiah :
  • Trofi
  • Sijil Penyertaan
  • Hamper

Setiap kumpulan yang turut serta akan mendapat
sijil dan cenderamata.

Makanan Disediakan.

Download Borang Penyertaan di sini!!!

Pertemuan antara PKPMI dan PPIM

Posted by on 7 November 2009 , under | komen (0)





Suatu pertemuan antara pemimpin pelajar Malaysia dan Indonesia telah diadakan kelmarin di Jakarta (24/10) dalam rangka untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar kedua-dua buah negara. Pertemuan tersebut yang berlangsung selama hampir dua jam telah memberikan peluang kepada para pemimpin pelajar untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa dan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh memperkukuhkan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak.

Yang Di Pertua PKPMI Cawangan Jakarta, Mohd Zailani Abd Shariff berkata bahawa pertemuan seperti ini sangat perlu diadakan kerana yakin bahawa hubungan yang erat akan memberikan banyak faedah kepada para pelajar. ”Kita juga mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Penuntut Malaysia (JPMI) di Indonesia untuk menjalin hubungan baik dengan para pelajar Indonesia,” tambahnya lagi yang merupakan pelajar perubatan di Universitas Trisakti.

Sementara itu, Abdullah Abbas yang merupakan Ketua Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) di Malaysia pula menasihatkan para pelajar supaya tidak terbawa-bawa dengan isu-isu yang dimainkan oleh sebahagian pihak untuk mengeruhkan hubungan baik yang telah terjalin antara dua negara tetangga ini. Abdullah yang merupakan pelajar jurusan komputer di Multimedia University, Melaka berkata, ”Kita sebaiknya melihat sesuatu isu secara objektif dan jika sebahagian media massa masih mengamalkan sikap prejudis kita dapat memberikan penjelasan yang sebenar melalui blog, website dan seumpamanya.”

Timbalan Yang Di Pertua PKPMI Pusat, Ahmad Nabieh Abqory pula menyeru supaya semua persatuan-persatuan pelajar yang ada di Malaysia dan Indonesia mengambil langkah proaktif dengan mengadakan siri pertemuan, dialog dan kegiatan bersama yang lebih kerap. ”Hasrat pemimpin tertinggi kedua-dua buah negara adalah untuk tetap memelihara hubungan akrab yang telah terjalin sekian lama. Maka kita perlu merealisasikannya atas kapasiti sebagai golongan pelajar.” Beliau juga turut berkongsi idea mngenai penubuhan Indonesian-Malaysian Students Association yang telah dirintis di Jakarta oleh para pelajar di sini.

Pengarah JPMI Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai pertemuan tersebut dan berharap agar ia akan diteruskan di masa-masa yang akan datang.


Wisuda UKRIDA 2009

Posted by on 1 November 2009 , under | komen (0)







Jakarta, 31 Okt- Seramai 30 orang wisudawan dan wisudawati dari Fakultas Kedokteran Ukrida telah telah berjaya menjalani Majlis Wisuda. Majlis yang bertempat di Auditorium Manggala Wana Bhakti itu berakhir sekitar jam 11 pagi . Para pelajar tersebut adalah anak angkatan 2005 yang telah 4 tahun menjalani pengajian disini.

Seterusnya mereka akan menjalani sesi siklus praktek (co-as) di beberapa Rumah Sakit. Pihak PKPMI-CJ turut menyediakan kad ucapan tahniah atas segala usaha mereka sepanjang pengajian. PKPMI-CJ juga berharap agar adik-adik angkatan seterusnya dapat mengikut jejak langkah mereka.

Sekali lagi, pihak PKPMI-CJ mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada semua wisuda dan wisudawan Ukrida!

Belia Malaysia Timba Pengalaman PBSM Indonesia

Posted by on 27 October 2009 , under | komen (0)




JAKARTA, 26 Okt (Bernama) - Malaysia menitipkan ratusan belianya di Indonesia kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSM) untuk belajar dan menimba pengalaman menangani situasi kecemasan khususnya dalam aspek memberikan bantuan awal semasa menghadapi gejala bencana alam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ''menyerahkan'' para belia itu, yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di 13 universiti di Indonesia berkata, banyak yang mereka dapat pelajari daripada kegiatan sukarela PBSM Indonesia yang aktif membantu mangsa-mangsa bencana seperti gempa bumi.

"Pembelajaran kegiatan sukarelawan daripada PBSM Indonesia ini akan memperkaya (pengalaman) belia Malaysia setelah mereka bekerja kelak, untuk tampil menjadi barisan hadapan sukarelawan Malaysia di masa depan bukan saja dalam negara tetapi juga di merata dunia," katanya kepada BERNAMA di sini, malam tadi.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia yang diwakili Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dengan PBSM Indonesia yang diwakili Dr Fuadi Yatim, bertujuan menyelaras gerak kerja sukarelawan pelajar Malaysia setiap kali terjadi bencana di negara ini.

Shabery berkata pengalaman itu sangat berharga bagi para belia Malaysia, dan ia sekali gus melengkapi pembelajaran di luar kuliah bidang kedoktoran, pergigian dan farmasi yang mereka ikuti di universiti-universiti terakreditasi di sini, selain menjadi saluran bagi mereka bergaul dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata para pelajar berbilang kaum itu juga sekali gus menganggotai program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa yang dipelopori Kementerian Belia dan Sukan, yang sudah pun dibuka dua cawangan di Bandung kelmarin dan di Jakarta malam tadi.

"Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan dana secukupnya bagi membiayai projek-projek yang dijalankan para pelajar melalui program berkenaan supaya mereka tidak sebaliknya menjadi beban kepada tuan rumah dari segi keperluan makan minum dan tempat tinggal ketika menyertai aktiviti PBSM Indonesia," katanya.

Sementara itu Pengerusi Kelab Umno Jakarta Rizal Abdul Rahman berkata kesempatan yang diberikan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar terutama 450 anggota Kelab Umno Jakarta bagi menimba pengalaman yang mungkin sukar diperolehi di Malaysia yang jarang dilanda bencana seperti gempa bumi dan semua keadaan kecemasan berkaitan.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Jakarta Mohd Zailani Abd Shariff pula berkata semua pelajar senior akan digalakkan menyertai aktiviti kemasyarakatan yang diselaraskan oleh PBSM Indonesia ini yang akan dipastikan tidak mengganggu jadual kuliah mereka.

Sumber: BERNAMA


Mesyuarat Ahli PKPMI Cawangan Jakarta Sesi 09/10 Kali-1

Posted by on 18 October 2009 , under | komen (0)









Tempat : Dewan Besar Kedutaan Besar Malaysia

Tarikh : 18 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Mesyuarat ahli PKPMI-CJ sesi 2009/2010 kali -1 telah dihadiri oleh pelajar seramai 250 orang daripada Universitas Trisakti, Universitas Kristen Krida Wacana, Universitas Islam Negeri, Universitas Prof Dr Moestopo (B) dan Universitas Indonesia. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk melaporkan aktiviti PKPMI-CJ, laporan biro dan laporan kewangan sehingga Oktober serta takwim aktiviti yang akan datang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Naib yang Dipertua bagi pihak Yang Di Pertua yang tidak dapat hadir. Seterusnya pembentangan laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh Setiausaha I. Laporan aktiviti kemudiaannya diserikan dengan tayangan video aktiviti-aktiviti PKPMI-CJ atas terbitan Biro Multimedia. Laporan kewangan menyusul setelah tamat tayangan video dengan Bendahari I yang akan membentangkan laporan tersebut. Sesi soal jawab dibuka kepada para hadirin bagi mengeluarkan isi hati, masalah dan cadangan mereka kepada Majlis Tertinggi. Setelah selesai acara pembentangan laporan, Ketua Biro Diplomatik memberikan penerangan tentang cara pengisian dan penyerahan borang klaim KITAS.

Majlis bersurai tepat pada jam 12 tengahari. Para hadirin dijamu dengan makanan tengahari. Diharapkan mesyuarat kali ini dapat memberi penerangan kepada ahli tentang semua kegiatan PKPMI-CJ dan rencana aktiviti yang akan diadakan tak lama lagi.



Tahniah Para Wisudawan Malaysia Trisakti dan UIN

Posted by on , under | komen (0)







Pada 17 Oktober 2009, seramai 5 orang dari Fakultas Kedokteran USAKTI dan 8 orang dari Fakultas Pengajian Agama UIN telah berjaya mendapatkan segulung ijazah yang sangat berharga. Kegembiraan mereka juga turut di kongsi bersama dengan ucapan tahniah yang disampaikan oleh perwakilan PKPMI-CJ di Majlis Wisuda masing-masing.

Majlis Wisuda Trisakti yang berlangsung di Hotel Senayan City telah diwakili oleh Muhammad Ikmal dan Nur Ubudiah manakala bagi Majlis Wisuda UIN di Ciputat telah diwakili oleh Masliana, Fauzan dan Muhammad Syahmi. Perwakilan PKPMI-CJ telah bermurah hati dengan meraikan hari bermakna bagi 8 orang pelajar di UIN dengan santapan Masakan Padang di restaurant berhampiran.

Sekali lagi pihak PKPMI-CJ mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka. Semoga pelajar-pelajar tersebut akan mendapat peluang untuk berbakti pada negara setelah pulang ke Malaysia.

Mesyuarat Tahunan Ahli PKPMI - CJ Sesi 2009/10

Posted by on 12 October 2009 , under | komen (0)




Dokumen & maklumat penting yang perlu dibawa sekali
1) 2 salinan KITAS
2) 2 salinan pasport
3) no akaun, cabang & nama bank


Yuran tahunan ahli PKPMI

Yang termasuk dalam bayaran rp40 000 adalah :
1) rp10 000 - Duit kebajikan
2) rp10 000 - Aktiviti PKPMI
3) rp10 000 - Kad ahli
4) rp10 000 - Merchandise PKPMI (Buku nota & kalender)
Bagi junior 2009 ; tambahan rp80 000 adalah untuk bayaran T-Shirt PKPMI



Aturcara Majlis
0800-0830 : Pendaftaran
0830-0845 : Pembukaan majlis oleh pengerusi tetap
0845-0915 : Ucapan YDP
0915-1000 : Laporan aktiviti, Persembahan multimedia, Q/A
1000-1045 : Laporan bajet, Q/A
1045-1100 : Takwim
1100-1130 : Pembagian t-shirt dan penyerahan boring KITAS
1130 : Majlis bersurai, Makan tengah hari


Takwim PKPMI Sesi 2009/2010
Oktober 2009
18/10/2009 - MESYUARAT AHLI KALI-1
25/10/2009 - SPORT CARNIVAL: FUTSAL (LELAKI), BOWLING (PEREMPUAN)

November 2009
15/11/2009 - MOTIVATIONAL TALK
22/11/2009 - KHEMAH IBADAH DAN PENYEMBELIHAN
30/11-6/12/2009 - ENGLISH CARNIVAL

Disember 2009
19/12/2009 - COMPARATIVE RELIGION

Januari 2010
10/01/2010 - MEDICAL FIRST AID

Mac 2010
28/03/2010 - ANNUAL GENERAL MEETING


Borang Biodata Pelajar Tajaan JPA

Posted by on , under | komen (0)



Sumber : http://jpajakarta.blogspot.com/2009/10/borang-biodata-pelajar-tajaan-jpa.html

Assalamualaikum wrt. wbh. dan Salam sejahtera,

Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa Borang Biodata Pelajar boleh dimuat turun dari blog ini (sila lihat posting bulan Julai 2009). Harap kerjasama semua untuk mengemukakannya dengan segera kepada pejabat ini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PPL Jakarta
12 Oktober 2009


Ucapan Tahniah Kepada Datuk Dr Junaidy

Posted by on , under | komen (0)




PKPMI Cawangan Jakarta ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia di atas Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka pada tarikh 10 Oktober 2009 yang lalu yang membawa gelaran Datuk.

Tiada cadangan henti hantar pelajar ke negara bencana

Posted by on 4 October 2009 , under | komen (0)



SELAMA: Kerajaan tidak bercadang menghentikan penajaan atau melarang ibu bapa daripada menghantar pelajar ke negara yang sering menghadapi bencana alam seperti Indonesia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, risiko bencana alam seperti gempa bumi yang berlaku di Indonesia bukan bencana yang berterusan.

"Saya tidak fikir jadi bila dah berlaku (gempa bumi), kita tidak lagi hendak hantar pelajar ke sana. Peluang belajar ada di mana-mana... banyak institusi pengajian tinggi di sana yang menarik minat orang Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Larut di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejadian gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia, Rabu lalu tidak akan menjejaskan keputusan kerajaan untuk terus menghantar pelajar ke sana atau menghalang ibu bapa yang menaja pengajian anak mereka terutama dalam bidang perubatan.

Malah, katanya, kerajaan membuka peluang seluas-luasnya kepada ibu bapa untuk memilih negara dan menaja sendiri program pengajian yang dikehendaki. - Bernama