Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, April 19, 2009
0
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PKPMI-CJ kali ke-39 telah berjaya diadakan di Dewan Utama Kedutaan Besar Malaysia. Dihadiri oleh 61 orang ahli, mesyuarat ini telah dimulakan pada jam 10.10 pagi disebabkan memenuhi tuntutan perlembagaan yang meminta penangguhan mesyuarat selama 2 jam apabila kuota 1/4 daripada ahli tidak dipenuhi. [...]


Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan drpd Saudara Noraiman (Pengerusi Tetap) diikuti oleh tazkirah dan doa drpd Saudara Zulfadli Aris (Ketua Biro Agama) dan ucapan alu-aluan drpd Saudara Ahmad Nabieh (YDP). Majlis diteruskan dgn pembentangan laporan aktiviti oleh Saudara Fauzi, diikuti oleh laporan daripada biro-bir0 dan ditutup dengan laporan belanjawan oleh Saudara Mohd Azhan (Bendahari). Mesyuarat dihangatkan dengan sesi soal jawab, kritikan dan cadangan daripada ahli-ahli PKPMI-CJ. Kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan kurangnya penglibatan para pelajar dalam aktiviti anjuran PKPMI-CJ. Turut dibahas adalah komitmen AJK yg dilantik, pembayaran yuran tahunan, isu KITAS, pengiktirafan lulusan bidang perubatan dari Indonesia, blog PKPMI-CJ yg jarang dikunjungi, T-shirt rasmi, mekanisme untuk "menghukum" secara halus ahli-ahli yg mengabaikan PKPMI-CJ dan banyak lagi.

Majlis diteruskan dengan ucapan penggulungan drpd Saudara Ahmad Nabieh. Beliau memohon komitmen seluruh ahli untuk memartabatkan PKPMI-CJ kerana jatuh bangunnya wadah rasmi ini ditentukan oleh ahli-ahli yg menganggotainya. Beliau juga berterima kasih kpd semua AJK dan pelajar yg telah memberikan kerjasama selama ini. Bagi pihak PKPMI-CJ juga beliau memohon seribu kemaafan atas sebarang kekurangan dan kesalahan dan memohon dihalalkan sekiranya ada terambil sesuatu yg bukan hak barisan AJK sesi 2008/09. Sebelum pembubaran barisan AJK sesi, 3 cabutan bertuah telah diadakan berupa 3 buah pendrive dan telah diberikan kepada 3 ahli yg bernasib baik.

BARISAN JAWATANKUASA PKPMI-CJ SESI 2009/10

Sejurus setelah pembubaran AJK sesi 2008/09, pencalonan dan pemilihan barisan jawatankuasa PKPMI-CJ sesi 2009/10 telah diadakan. Berikut adalah senarai jawatankuasa yg telah terpilih:

YDP : Saudara Mohd Zailani bin Abd Shariff (Universitas Trisakti)
Timb. YDP 1 : Saudara Farid Ramli (UKRIDA)
Timb. YDP 2 : Saudari Tuan Nor Aizah (Uni. Moestopo)
Pengerusi Tetap : Saudara Asri (UKRIDA)
Timb. Pengerusi Tetap : Saudari Masliana (UKRIDA)
Juru Audit 1 : Saudara Ahmad Nabieh (Universitas Trisakti)
Juru Audit 2 : Saudara Mohd Azmil Atiman (UI)

Bagi jawatan Setiausaha, Bendahari, Timb. Setiausaha dan Timb Bendahari, Saudara Zailani bersama-sama timbalan-timbalan akan memilih & melantik mereka yg dirasakan berkelayakan dan berkomitmen untuk memartabatkan PKPMI-CJ.

Dalam ucapan alu-aluan, Saudara Zailani mengharapkan komitmen yang penuh daripada ahli-ahli PKPMI-CJ dan beliau mengalu-alukan sebarang teguran dan nasihat yg boleh memberikan manfaat kepada ahli-ahli.

Mesyuarat berakhir pada jam 2.30 petang. Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada barisan jawatankuasa PKPMI-CJ sesi 2008/09 dan selamat bertugas kepada barisan jawatankuasa 2009/10. Terima kasih.



0 komen: