Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, June 25, 2009
1

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan kes pertama jangkitan virus H1N1 negara itu semalam selepas seorang juruterbang di sini dan seorang wanita Britain di kepulauan Bali disahkan positif dijangkiti.

Wanita berusia 22 tahun itu menetap di Australia sementara juruterbang berusia 37 tahun itu berkunjung ke Australia dan Hong Kong, kata Menteri Kesihatan, Siti Fadillah Supari.

Dalam sidang media, beliau percaya dua kes orang dalam kes itu dijangkiti di Australia dan tiada bukti virus itu merebak di Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk dunia dengan 226 juta orang.


“Saya memberi jaminan kepada anda, rakyat Indonesia tidak menyebarkan penyakit ini kepada yang lain. Kedua-dua kes dijangkiti di luar negara,” katanya mereka yang berhubung dengan dua mangsa sudah menjalani imbasan .


Beliau menggesa pihak berkuasa di Bali, hub pelancongan utama republik ini supaya meningkatkan kawalan terhadap mereka yang melawat pulau terbabit dari luar negara.

Sumber : Berita Harian



1 komen:

zoe sawyer said...

we shud b more careful then..
wear masks..
take precautions everyone~
;)