Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, March 13, 2010
0

Satu majlis makan malam di antara Prof Dr Rujhan bin Mustafa dan barisan pemimpin pelajar Malaysia di Jakarta  telah diadakan di Park Lane Hotel, Jakarta pada 10 Mac lepas.


Tetamu kehormat iaitu Prof Dr Rujhan merupakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir adalah  Datuk Dr Junaidy B Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, En Jazman Azi Jamaluddin, Pengarah JPA di Indonesia, dan Pn Nor Uyon Bt Shoib, Pengarah MARA di Indonesia.


Majlis dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh wakil pelajar, Saudara Mohd Rizal Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta tentang keadaan  pelajar Malaysia yang menuntut di Jakarta . Seterusnya dilanjutkan dengan ucapan Datuk Dr. Junaidy. Terakhir ucapan oleh Prof Dr Rujhan yangmengupas tentang isu-isu yang berkaitan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Indonesia. Majlis dilanjutkan dengan acara makan malam da berkhir sekitar jam 22.30 WIB.


0 komen: