Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, July 07, 2010
0

Sabtu (3 Julai 2010), telah berlangsungnya program “Peduli Palestin: Kami Bersamamu!” di Dewan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Program yang bertujuan membina kefahaman dan respon mahasiswa terhadap isu semasa serta sebagai aktiviti amal untuk Palestin ini, dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dengan kerjasama Kelab Umno Jakarta (KUJ).

Seramai 102 orang peserta dari lima buah universiti sekitar Jakarta mengikuti program tersebut. Antaranya dari Universitas Indonesia, Universitas Prof Dr Moestopo (B), Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA), Univesitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah dan Universitas Trisakti.

Program yang bermula jam 9.15 pagi itu diisi dengan slot perkongsian dari salah seorang sukarelawan Malaysia dalam misi Life Line 4 Gaza (LL4G) tempoh hari iaitu Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan Al Haddad. Pelbagai perkongsian dan kesedaran disampaikan oleh Dr Haleem dengan diselingi video-video misi LL4G yang menarik minat hadirin.

Sesi berikutnya adalah sesi soal jawab dan kuiz. Mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jakarta tidak melepaskan peluang untuk bertanya pengalaman dan pendapat Dr Haleem mengenai isu Palestin dan umat Islam semasa hari ini. Semasa sesi kuiz pula, Dr Haleem sudi untuk menyediakan beberapa soalan untuk dijawab oleh para peserta. Hadiah pula adalah sumbangan PKPMI-CJ sendiri.

Pada program tersebut juga, turut disampaikan kutipan sumbangan amal Palestin bernilai Rp 3.171 Juta bersamaan RM 1,174. Sumbangan disampaikan oleh Yang Di Pertua PKPMI-CJ, Saudara Ahmad Farid Asyraf kepada Dr Haleem.

Program tamat pada jam 2.30 petang dan Alhamdulillah mendapat respon positif dari peserta-peserta yang hadir. Semoga program-program seperti ini dapat menarik lebih ramai peserta untuk mengikutinya.


Dr Haleem sempat bertemu dengan Ustaz Ferry Nur dari KISPA Indonesia. Ustaz Ferry Nur merupakan ketua Indonesia bagi misi Flotilla tempoh hari.


Para peserta ketika menyanyikan lagu tema, Palestina Tercinta; Shoutul Harakah.


Dr Haleem sedang memulakan slot


Dr Haleem menunjukkan video sewaktu perlancaran misi LL4G-Flotilla di Istanbul. Dapat dilihat, En. Norazman iaitu ketua misi Malaysia sedang menyampaikan ucapan dalam video tersebut.



"Sewaktu saya pulang, anak saya tanya pada saya; Walid, kenapa Walid balik? Hal orang Palestin tak selesai lagi... Apa yang nak saya jawab pada anak saya??" Kata-kata Dr Haleem ketika mengakhiri program. Kelihatan beliau agak sebak, derita Palestin masih belum sembuh.



Sesusai acara. Dari kiri: En. Ludinata (JPMI), Dr Haleem, Yusran (Pengerusi Majlis), Farid (YDP PKPMI-CJ) dan Hamidie (Pengerusi KUJ) sedang berbincang bersama.

Untuk melihat gambar penuh acara tersebut, bolehlah berkunjung ke fanpage PKPMI-CJ (klik)

0 komen: