Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, August 18, 2010
0
Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."
( Al Baqarah : 261 )


Sempena Bulan Ramadhan ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) akan mengadakan beberapa program amal bagi membantu golongan fakir miskin dan anak yatim.

Antara program yang dirancang adalah:

Foods Of Love
Program ini mengambil konsep program tahunan masyarakat tempatan iaitu Sahur Di Jalanan. Dalam program ini, PKPMI-CJ akan mengagihkan bantuan bekalan makanan dan kelengkapan kepada penghuni-penghuni jalanan sekitar jalan-jalan utama di Jakarta. Ianya dilakukan pada waktu sahur kerana kebiasaan bagi golongan tidak bernasib baik ini, tidak mampu untuk bersahur kerana kesempitan hidup.

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim
PKPMI-CJ menjalankan lagi sekali program tahunan ini, dalam usaha membantu dan menghiburkan anak-anak yatim di bulan Ramadhan ini. Tempat yang dipilih tahun ini adalah Panti Asuhan Pesantren Al-Qalam. Pelajar Malaysia disini juga akan menghiburkan anak yatim dengan berprogram bersama dan menunjukkan keprihatinan masyarakat berbeda negara.

Sehubungan itu, dalam menjayakan program-prorgam ini, PKPMI-CJ memerlukan sedikit sebanyak bantuan dari masyarakat Malaysia khususnya. Diharap, dengan kami menyediakan medium ini, dapatlah sama-sama kita membantu mereka yang kurang bernasib baik ini walaupun berbeda negara.

Sumbangan dapatlah disalurkan ke:

MAYBANK MALAYSIA
1660 1013 8550
Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli

"Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu golongan-golongan kurang bernasib baik ini dapat mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Insya Allah.

0 komen: