Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, April 03, 2011
0



Pada 25 Mac 2011 (Jumaat), PKPMI-CJ dengan kerjasama KUJ telah mengadakan Majlis Perpisahan Warden Wisma Malaysia, En Azman Mahmood. Acara yang bertempat di Nona Bola Bistro tersebut, dihadiri oleh Majlis Tertinggi PKPMI-CJ dan KUJ.

Majlis ini adalah bertujuan menghargai sumbangan En Azman sepanjang tugasnya di Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Telah banyak jasa beliau kepada para pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatan dan kebajikan para pelajar.

Berikut kami tampilkan e-mail dari En Azman buat seluruh pelajar Malaysia di Indonesia.

Assalamualaikum Wb.

Saya Azman bin Mahmood ( Warden Wisma Malaysia ) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan saya di Jakarta akan tamat pada 31 March 2011 dan saya akan pulang ke Malaysia pada 2 April 2011 jam 11.10 pg. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh seluruh pelajar Malaysia di Indonesia khususnya wakil-wakil pelajar dari semua cabang PKPMI dan Kelab UMNO. Saya juga memohon maaf jika ada kesilapan yang telah saya lakukan dan kekurangan disepanjang saya menjalankan tugas khususnya pelajar-pelajar yang pernah berurusan terus dengan saya.
Akhir sekali saya mendoakan utk semua pelajar Malaysia di Indonesia agar mendapat keberkatan ilmu dari Allah SWT serta di jauhi Allah dari bencana dunia dan akhirat. Amin.
Sekian Terima kasih

Azman Mahmood
Education Malaysia

0 komen: