Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, July 16, 2013
0



 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena bulan Ramadan Al-mubarak 1434 Hijriah ini, PKPMI-CJ telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) bersama penduduk sekitar Tanjung Duren Selatan. Mengambil tema, "rahmatmu dicari, ampunanmu didamba, dan ukhuwah terpatri", majlis ini dimulai dengan pengagihan makanan berbuka puasa kepada penduduk sekitar sini.



Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga” (HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, dishahihkan oleh AL-Albani)

Majlis yang berpusat di Masjid Nurul Hikmah ini didatangi oleh segenap penduduk tempatan mahupun pelajar Malaysia yang kebanyakannya tinggal berdekatan seawal jam 5.00 petang untuk mengambil makanan berbuka puasa. Apabila tiba waktu maghrib, kami berbuka puasa beramai-ramai di masjid tersebut bersama penduduk tempatan.



Secara keseluruhannya, pihak PKPMI-CJ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar Malaysia yang membantu baik dari segi kerja pengurusan pengagihan makanan mahupun yang membantu secara tidak langsung untuk menjayakan program ini.

Semoga pahala Ramadan kita kali ini diterima di sisi-Nya insyallah.








0 komen: