Baru sebentar tadi 2 buah RT di Rawa Kepa, Tomang terbakar dijilat api. 'Si Jago Merah' menghanguskan kira-kira 100-200 rumah di kawasan padat penduduk itu yg terletak kira-kira 1 kilometer dari kawasan perumahan pelajar Malaysia di Universitas Trisakti. Dikatakan bahwa 'short circuit' adalah punca terjadinya kejadian malang tersebut.
Tragedi seperti kebakaran memang suatu yg tidak dapat dijangkakan. Ditambah dengan lokasi pemukiman di Jakarta yg begitu padat, maka sebuah kebakaran dari sebuah rumah boleh merebak dengan cepat kepada sebuah RT, sebuah RW malah sebuah kelurahan. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan perlu dicermati oleh kita bersama.
Apa yg perlu dibuat jika terjadi hal seperti ini :
p/s : Nyawa tetap menjadi perkara awal yg mesti diselamatkan.
Beberapa lokasi berkumpul sementara ketika bencana juga telah dikenal pasti. Berikut adalah tempat-tempat yg telah dicadangkan oleh AJK di beberapa buah universiti :
1. Universitas Trisakti : Masjid al-Hidayah, Tomang Tinggi (bebas banjir)
2. UI : Masjid FK UI
3. Uni Moestopo : Kampus FKG
Setelah berkumpul, dapatkan perlindungan seterusnya di Kedutaan Besar Malaysia kerana Wisma Malaysia masih belum dapat digunakan.
5 hari yg lepas, saya juga telah meyaksikan sendiri sebuah kereta Nissan X-Trail hilang ketika ditinggalkan selama 15 minit di Jl Tawakal Raya. Walhal menurut pemilik kenderaan tersebut, ia telah dikunci sebelum ditinggalkan! Memang luar biasa!
Minggu lepas pula, seorang pelajar Universitas Trisakti kehilangan laptopnya di depan kelas ketika pelajar berkenaan sedang ke tandas.
Bulan lepas pula, seorang pelajar UIN Syarif Hidayatullah telah dirompak secara tidak disedari sehingga tinggal sehelai sepinggang.
Dan masih ada banyak lagi kes pecah rumah, rompakan, pukau-memukau, banjir dan sebagainya yg menimpa pelajar-pelajar kita khususnya di Jakarta ini.
Maka, tiada cara lain melainkan meningkatkan tahap kehati-hatian. Jangan pernah sesekali membiarkan barangan berharga anda berpisah dari jasad anda, atau tidak bersiaplah untuk kemungkinan ia hilang.
Jangan leka ketika sedang dalam perjalanan sehingga membuka ruang kepada orang lain utk 'mencopet' malah memukau anda. Sebaiknya berjalanlah bersama teman-teman, hindarilah kawasan-kawasan sunyi dan sebagainya.
Banyakkan berdoa supaya sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. Terima kasih.
Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ

- Sentiasa simpan semua dokumen-dokumen penting di satu tempat yg selamat dan mudah dicapai. Dokumen-dokumen ini adalah 'top priority' untuk diselamatkan
- Berikutnya, alat elektronik seperti laptop, hp dll yg rata-rata sangat mahal wajar dijadikan priority kedua
- Buku-buku anda yg juga tidak murah wajar dijadikan keutamaan yg seterusnya
- Yang terakhir mungkin adalah pakaian, perabot dan lain-lain
p/s : Nyawa tetap menjadi perkara awal yg mesti diselamatkan.
Beberapa lokasi berkumpul sementara ketika bencana juga telah dikenal pasti. Berikut adalah tempat-tempat yg telah dicadangkan oleh AJK di beberapa buah universiti :
1. Universitas Trisakti : Masjid al-Hidayah, Tomang Tinggi (bebas banjir)
2. UI : Masjid FK UI
3. Uni Moestopo : Kampus FKG
Setelah berkumpul, dapatkan perlindungan seterusnya di Kedutaan Besar Malaysia kerana Wisma Malaysia masih belum dapat digunakan.
5 hari yg lepas, saya juga telah meyaksikan sendiri sebuah kereta Nissan X-Trail hilang ketika ditinggalkan selama 15 minit di Jl Tawakal Raya. Walhal menurut pemilik kenderaan tersebut, ia telah dikunci sebelum ditinggalkan! Memang luar biasa!
Minggu lepas pula, seorang pelajar Universitas Trisakti kehilangan laptopnya di depan kelas ketika pelajar berkenaan sedang ke tandas.
Bulan lepas pula, seorang pelajar UIN Syarif Hidayatullah telah dirompak secara tidak disedari sehingga tinggal sehelai sepinggang.
Dan masih ada banyak lagi kes pecah rumah, rompakan, pukau-memukau, banjir dan sebagainya yg menimpa pelajar-pelajar kita khususnya di Jakarta ini.
Maka, tiada cara lain melainkan meningkatkan tahap kehati-hatian. Jangan pernah sesekali membiarkan barangan berharga anda berpisah dari jasad anda, atau tidak bersiaplah untuk kemungkinan ia hilang.
Jangan leka ketika sedang dalam perjalanan sehingga membuka ruang kepada orang lain utk 'mencopet' malah memukau anda. Sebaiknya berjalanlah bersama teman-teman, hindarilah kawasan-kawasan sunyi dan sebagainya.
Banyakkan berdoa supaya sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. Terima kasih.
Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ
0 komen:
Post a Comment