Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, February 07, 2009
0


Semua Pelajar Pinjaman JPA di Indonesia


Makluman Mengenai Kemudahan Elaun Sara Hidup Bagi Pelajar Pinjaman JPA di Indonesia


Dengan hormat saya merujuk perkara di aats dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju memberi pertimbangan untuk bayaran Elaun Sara Hidup (ESH) kepada pelajar pinjaman JPA di Indonesia. Kuantum ESH kepada pelajar pinjaman adalah separuh daripada pelajar biasiswa. Prosedur permohonan ialah pelajar yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan dan hendaklah mempunyai baki tempoh pengajian melebihi 1 tahun. Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh terus mengemukakan permohonan kepada alamat berikut :


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (LDP)

Aras 4-6, Blok C1, Kompleks C

62510 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya

(u.p : Encik Azrey Bin Mazlan)


3. Saya ingin mencadangkan supaya permohonan dibuat secara berkelompok supaya lebih efektif dan efisien.


Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,



(JAZMAN AZI BIN JAMALUDDIN)

Penasihat Kedutaan (Pendidikan & Latihan)

Kedutaan Besar Malaysia Jakarta


Tel : 021- 522-4947 samb 3020

H/P : 0813-8479-9037

E-mel : jazman.jamal@jpa.gov.my


0 komen: