Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, February 14, 2009
0
Suatu pertemuan antara perwakilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Malaysian Dental Council, JPA & dekan-dekan universiti dengan para pelajar perubatan di Indonesia telah diadakan pada 11 dan 12 Februari 2009 bertempat di Cikini, Jakarta Pusat.

Pertemuan dua hala ini telah melibatkan TYT Dato Zainal Abidin Bin Zein - Duta Besar Malaysia, pegawai JPMI dan 50 orang wakil pelajar. Dalam pertemuan sebanyak dua kali ini, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat mengenai 'khabar angin' yang mengatakan KKM dan MMC tidak mengiktiraf sistem pengajian perubatan di Indonesia. KKM dan MMC juga dikahabarkan tidak akan menghantar lagi pelajar perubatan ke Indonesia.

HAL INI SAMA SEKALI TIDAK BENAR.

Dalam pertemuan yg melibatkan Departemen Pendidikan Nasional (Indonesia) dan dekan universiti-universiti di Indonesia, perwakilan-perwakilan dari Malaysia telah dimaklumkan bahawa berdasarkan arahan Pemerintah Indonesia, sistem pendidikan kedokteran (Kurikulum Berbasis Kompetensi) di Indonesia akan diselaraskan di seluruh negara. Sistem yg diselaraskan ini akan menjadikan tempoh pengajian perubatan di Indonesia menjadi 5 tahun dan diikuti satu ujian kompetensi. Setelah ujian tersebut, pelajar Malaysia akan pulang dan mengikuti
housemanship (sekarang 2 tahun) manakala pelajar Indonesia akan mengikuti housemanship selama 1 tahun di Indonesia.

Melalui sistem yg diselaraskan ini, para pelajar akan mendapat pengiktirafan kompetensi sehingga tuduhan bahawa graduan daripada Indonesia tidak kompeten tidak timbul lagi.

Daripada pertemuan ini juga, rombongan daripada Malaysia turut diberikan penjelasan bahawa walaupun SECARA TERTULIS sistem pengajian perubatan di Indonesia tidak menyediakan
120 weeks of clinical periode sebagaimana yg dikehendaki oleh KKM & MMC, namun hakikatnya clinical periode yg dilalui oleh pelajar di sini telah memenuhi syarat minimum seperti yg dikehendaki oleh KKM & MMC. Hal ini disebabkan para pelajar di sini bertugas di hospital pada hari Sabtu dan Ahad selain hari-hari biasa dan bertugas lebih masa di hospital. Apabila dijumlahkan secara keseluruhan, maka jumlah masa yg dihabiskan sewaktu clinical years adalah 120 minggu atau lebih.

Kecekapan pelajar-pelajar kedokteran di sini juga benar-benar teruji dengan jumlah pasien yg sangat ramai dan kes-kes perubatan yg pelbagai. Malah apabila ditugaskan di hospital di luar bandar, 2 orang pelajar perubatan akan mengendalikan 60 orang pesakit di wad dan seringkali mereka bertindak sebagai dokter disebabkan dokter yg bertugas tidak hadir atas urusan masing-masing. Hal ini secara langsung menjadikan pelajar-pelajar perubatan di Indonesia cekap dan lebih berpengalaman dalam merawat pesakit.

Sebagai kesimpulan, KKM dan MMC berpuas hati dengan sistem yg diterapkan di Indonesia dan KPT akan terus menghantar pelajar perubatan ke Indonesia atas dasar kompetensi dan kos yang murah.

Kepada pelajar perubatan Malaysia di Indonesia, selamat berusaha untuk menjadi calon doktor yang cekap & kompeten!


0 komen: