Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, March 28, 2009
0
Pada tarikh 21 Mac 2009, suatu majlis perpisahan antara para pelajar dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta (KBMJ ) yang akan tamat perkhidmatan mereka telah berjaya dilaksanakan. Majlis ini yang merupakan anjuran JPMI, PKPMI dan KUJ telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KBMJ dan juga 160 pelajar Malaysia dari seluruh Jakarta. Pegawai – pegawai yang diraikan adalah :

1. En Jusoh Bin Hamat : Ketua Pegawai MARA
2. Ustaz Tuan Ismail Bin Tuan Abdullah : Atase Agama
3. En Rosli Bin Sakimin : Setiausaha (1) Pendidikan
4. Tn Hj Elias Bin Jafary : Warden Wisma Malaysia
5. Pak Osman : Kakitangan Pengurusan Kitas
6. Pak Ibrahim : Wisma Malaysia

Turut diraikan para isteri pegawai –pegawai tersebut. Majlis bermula dengan pembukaan oleh pengerusi majlis, dilanjut dengan bacaan doa, jamuan makan, dan ucapan dari wakil pelajar. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat semua pegawai yang telah memberikan banyak bantuan dan sokongan dalam hal menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan wakil2 pelajar telah berkongsi sedikit pengalaman masi

Seterusnya ucapan dari pegawai – pegawai yang diraikan. Mereka berpesan supaya para pelajar terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan juga memperluaskan bidang pengetahuan masing-masing melalui membaca dan sebagainya. Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberika oleh para pelajar dalam masa pengurusan mereka.

Majlis dilanjutkan dengan pemberian cenderahati daripada Persatuan Pelajar Malaysia di Indonesia Pusat dan Cawangan Jakarta serta Kelab UMNO Jakarta kepada para pegawai yang akan bersara. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan dan bergambar bersama para pegawai. Majlis bersurai pada jam 10.30 malam.







0 komen: