Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, April 23, 2010
0

Tanggal 19 April 2010 yang lepas, satu majlis makan malam telah diadakan di antara Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd Fauzi B Hj Ramlan, Pengarah Badan Hal Ehwal Pembangungan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan barisan pemimpin pelajar malaysia di Jakarta. Majlis makan malam tersebut berlangsung di Hotel Park Lane, Jakarta.

Hadir sama adalah YBhg Tan Sri Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, YBhg Dato' Wira Dr. Afiffuddin Hj Omar, tokoh usahawan Melayu terkemuka yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YBhg Datuk Paduka Dr Junaidy B Abu Bakar, Pengarah MSD Indonesia dan Datin, serta wakil-wakil pelajar dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Kelab UMNO Jakarta (KUJ).

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam ini telah memberi kesempatan kepada para pelajar dan tetamu kehormat beramah mesra dan bertukar pendapat. Sejurus selepas jamuan makan malam, majlis diteruskan dengan ucapan pendahuluan oleh wakil pelajar, Saudara Mohd Rizal Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta tentang keadaan pelajar Malaysia yang menuntut di Jakarta. Seterusnya dilanjutkan dengan ucapan Prof Dr Mohd Fauzi yang mengupas isu penerapan kualiti-kualiti seorang mahasiswa kompeten dalam diri masing-masing,

Dalam ucapan Prof Dr Mohd Fauzi, beliau menekankan 4 perkara yang penting yang perlu diterapkan di dalam diri para pelajar iaitu
  1. communication skills
  2. critical thinking & problem solving
  3. ethics & moral
  4. leadership skills
Beliau juga berharap para pelajar sentiasa ada semangat tolong menolong dan sering membantu orang yang di dalam kesusahan atau ditimpa musibah/bencana ; Contoh Pertolongan oleh Badan Kepimpinan pelajar Malaysia (PKPMI & Kelab Umno Jakarta) yang diberikan kepada mangsa gempa bumi di Tasik Malaya tahun lepas.

Beliau juga menegaskan mengenai inovatif dan kreativiti haruslah selari dengan Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini. Para pelajar juga diingatkan agar sentiasa berusaha ke arah memajukan diri dan mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Majlis diakhiri pada jam 10.30 malam dengan sambutan hari jadi Datin (isteri YBhg Datuk Paduka Dr Junaidy) & sesi bergambar beramai-ramai bersama semua tetamu kehormat & para pelajar. PKPMI-CJ ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama para pelajar di sini.

(Gambar dari saudara Naufal Nordin)

0 komen: