Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, April 08, 2010
0


Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) sesi 2009/2010 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak lama lagi. Saudara-saudari dijemput hadir bagi menunaikan tugas dan hak sebagai ahli. Butir-butir acara seperti berikut:



Tempat : Dewan Simposium UKRIDA, 
Fakultas Kedokteran UKRIDA, Jakarta Barat
Tarikh: 25 April 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga selesai



Antara agenda mesyuarat tersebut adalah:

  1. Laporan aktiviti dan kewangan PKPMI-CJ sesi 2009/2010
  2. Penyerahan sijil kepada Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa PKPMI sesi 2009/2010
  3. Penyerahan buku cenderahati PKPMI-CJ
  4. Perletakan jawatan pimpinan PKPMI-CJ sesi 2009/2010
  5. Pemilihan dan perlantikan pimpinan PKPMI-CJ sesi 2010/2011
Pencalonan dan pengundian pimpinan sesi baru hanya dilakukan pada mesyuarat tersebut sahaja. Bagi pelajar yang layak dan berminat, bolehlah mempersiapkan diri untuk menyambung tugas kami. Pengundi dan calon wajib membayar yuran tahunan terlebih dahulu (bagi yang belum membayar) bagi melancarkan proses perlantikan tersebut.

Bagi pelajar yang mendapat makluman awal sebelum ini melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), mohon memanjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Kerjasama anda sangat dihargai.



0 komen: