Pada 2 Mei 2010 (Ahad) yang lepas, Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CJ kali ke-40 telahpun berjaya diadakan. Seramai kira-kira 90 orang ahli telah hadir terdiri daripada Universitas Krida Wacana (UKRIDA), Universitas Trisakti, Universitas Prof Dr Moestopo(B), Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah, Universitas Indonesia dan juga Institut Kesenian Jakarta. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Encik Ludinata Misnun, Pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI).
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru agar pihak persatuan dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak JPMI. Beliau juga mengharapkan agar beberapa program bersama dapat dijalankan diantara pihak persatuan dan beliau sendiri sebagai wakil JPMI.
Seterusnya, semasa sesi perbahasan usul dan isu-isu berbangkit, beberapa pelajar telah hadir bagi memberikan pendapat. Antara yang disebutkan adalah penglibatan para pelajar yang agak mengecewakan dalam aktiviti-aktiviti PKPMI. Turut dicadangkan adalah agar semua pelajar mengambil sikap yang proaktif dan bekerjasama bagi membantu persatuan.
Selain itu, isu mengenai pengurusan hal imigrasi pelajar juga turut ditimbulkan. Ini kerana, pihak persatuan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menguruskan urusan imigrasi, namun respon yang diberi oleh pelajar masih mengecewakan. Hal imigrasi yang terutamanya disentuh adalah mengenai pemanjangan KITTAS, urusan EREP bagi kes kecemasan dan pembaharuan visa serta pasport.
Pada mesyuarat tersebut juga, pimpinan PKPMI-CJ bagi sesi 2010/2011 telahpun dipilih. Namun, sekalung penghargaan diucapkan terlebih dahulu buat pimpinan PKPMI-CJ sesi 2009/2010 yang diketuai oleh Saudara Mohd Zailani Abd Shariff atas gerak kerja dan sumbangan yang dilakukan pada sesi beliau.
Berikut merupakan Majlis Tertinggi yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan tersebut:
Yang DiPertua
Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli (Ukrida)
Timbalan Yang DiPertua I
Syed Azlan Bin Syed Omar (Univ Prof Dr Moestopo)
Timbalan Yang DiPertua II
Azidah Binti Ahmad Zaki (UIN Syariff Hidayatullah)
Naib Setiausaha
Nor Ubudiah Bt Seti (Univ Trisakti)
Naib Bendahari
Nur Ashikin Binti Ahmad Razali (Univ Indonesia)
Pengerusi Tetap
Mohd Azahari Bin Roslan (UIN Syariff Hidayatullah)
Timbalan Pengerusi Tetap
Dyana Nabila Binti Mohd Nasir (Ukrida)
PKPMI-CJ sesi 2010/2011 mengharapkan kerjasama dari pelajar bagi membantu, menegur dan bekerjasama menjaya PKPMI untuk kebaikan bersama. Semoga dengan segala usaha yang dilakukan oleh PKPMI-CJ sesi lepas dapat diteruskan dan ditingkatkan dari masa ke semasa.
0 komen:
Post a Comment