Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, May 23, 2010
0


Pada Rabu lepas (19/05/2010), satu pertemuan wakil Majlis Tertinggi PKPMI-CJ bersama pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telahpun diadakan. Di awal pertemuan bersama Encik Ludinata bin Misnon selaku wakil bagi pihak Dato’ Junaidi bin Abu Bakar. Di dalam pertemuan tersebut kami membincangkan tentang program terdekat yang akan diadakan pada hari Ahad tanggal 23 Mei 2010.

Di samping itu turut membahaskan tentang masalah KITAS dan EREP yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. Beliau berharap agar pelajar dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri memandangkan kita berada di negara orang.


Seterusnya wakil MT PKPMI-CJ bertemu dengan Encik Jefri dan wakil JPA, Encik Jazman Azi bin Jamaludin. Mereka meminta para pelajar agar dapat membagikan dan menyeimbangkan antara pelajaran dan kerjaya. Bahkan harus diutamakan pelajaran memandangkan itulah tujuan utama pelajar berada di sini.



Pertemuan berakhir pada jam 11.45 pagi. Dan keseluruhan pertemuan berjalan dengan lancar.

0 komen: