Sewaktu Bandung Games 2010 lepas, PKPMI Pusat mengambil peluang untuk diadakan pertemuan bersama YDP PKPMI Seluruh Indonesia yang hadir. Acara yang diadakan di D'Cost, Jl Setabudi, ini turut dihadiri oleh Prof Dr Rujhan Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Dato. Dr Junaidy Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Saudara Khairul Hafidz Al-Khair, Yang Di Pertua PKPMI Pusat. Antara intipati ucapan beliau adalah:
1. Menekankan tanggungjawab PKPMI setiap cawangan. Antaranya ialah menjaga kebajikan, merapatkan hubungan pelajar, menjaga keselamatan dan memperkenalkan PKPMI kepada umum.
2. Meningkatkan usaha mencari dana bagi menampung aktiviti. PKPMI perlu kreatif dan proaktif dalam usaha ini. Beberapa cara dan contoh juga turut diperkenalkan oleh PKPMI Pusat.
3. Kongres Tahunan PKPMI Pusat dijangka dibuat pada 4-7 Februari 2011 di Bali.
4. Mekanisme tabung kebajikan. PKPMI Pusat mengakui terdapat kelemahan dari segi pengurusannya. Sedang dalam pembaikan.
Pada perjumpaan tersebut juga, beberapa isu yang melanda PKPMI di beberapa cawangan turut dikemukakan. JPMI berjanji tindakan tegas akan dilakukan dalam menjaga keselamatan pelajar yang diganggu, terutamanya dari segi fizikal. Antaranya, seperti beberapa kes sebelum ini yang menyebabkan dosen/ mahasiswa yang terlibat dikenakan tindakan disiplin.
Pada sesi ini, PKPMI Jakarta mendapat peruntukan sebanyak Rp 4,3 Juta untuk menjalankan aktiviti selama satu tahun. Simbolik penyerahan wang peruntukan dilakukan pada majlis tersebut kepada PKPMI seluruh cawangan.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada JPMI atas peruntukan yang diberikan.

0 komen:
Post a Comment