Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, October 15, 2010
0
Pada 26 September 2010 yang lepas telah berlangsungnya Pertandingan Bowling Piala Pengarah JPMI. Program yang bertempat di Blok M ini berjaya menarik 11 kumpulan untuk turut serta. Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pengarah program. Pertandingan Bowling ini juga merupakan saringan bagi pemilihan wakil Jakarta ke Bandung Games 2010.

Berikut merupakan keputusan pertandingan.

Kategori Lelaki
Johan: Pepperoni (Trisakti)
Naib Johan: Kepok Keping (UIN)
Ketiga: Otai Ukrida (Ukrida)

Kategori Wanita
Johan: Wonder UI (UI)
Naib Johan: 2NE1 (Ukrida)
Ketiga: Kepok Leko (UIN)

Pemain Lelaki Terbaik : Zulhelmi (169 Poin)
Pemain Wanita Terbaik: Hasanah (162 Poin)

Tahniah diucapkan kepada semua peserta! Terima kasih juga pada penyokong dan wakil dari JPMI yang turut sama hadir memeriahkan pertandingan.

Terbaru: Wakil dari Jakarta iaitu Team Zulhelmi, Aizad, Fitri dan Shukri, berjaya meraih pingat gangsa bagi Bandung Games 2010! Tahniah untuk kalian.


Antara peserta yang hadir.


Pertandingan bermula.



Tekun mengamati.


Juara Kategori Wanita, Kumpulan Wonder UI!



Juara Kategori Lelaki: Kumpulan Paperoni!



Pemain Terbaik Wanita: Hasanah.


Pemain Terbaik Lelaki: Zulhelmi



Juara Wanita (Hasanah, Nissa, Hanna dan Hazwani)


Juara Lelaki (Shukri, Zulhelmi, Aizad dan Fitri)


Kumpulan 2NE1


Antara peserta dan penyokong dari UIN yang hadir.


Sesi bergambar peserta bersama wakil JPMI.

0 komen: