Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Saturday, January 15, 2011
0
Baru-baru ini terjadi banyak jenayah melibat pelajar Malaysia sebagai mangsa. Oleh itu, Biro Kebajikan PKPMI-CJ mengambil beberapa solusi untuk mengingatkan pelajar Malaysia, khususnya pelajar UKRIDA. Ini kerana, ketiga-tiga kes jenayah yang berlaku tersebut melibatkan pelajar UKRIDA. Antara solusi yang diambila adalah:
  1. Penyiaran laporan kebajikan dari Mei 2010 hingga Januari 2011 (beberapa kes).
  2. Edaran notis kebajikan.
  3. Siaran poster peringatan.

Berikut merupakan solusi-solusi tersebut:-



LAPORAN KEBAJIKAN UKRIDA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA
CAWANGAN JAKARTA
(PKPMI-CJ)

1.
Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2009
Masa : ± 0900 WIB
Tarikh : 30 Jun 2010
Tempat : Rumah Pelajar, Komplek Pengairan, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Lelaki tidak dikenali meminta untuk berjumpa dengan pelajar. Lelaki tersebut mengetahui nama pelajar. Pembantu rumah meminta untuk orang tersebut tunggu dihadapan pagar rumah kerana pelajar sedang di bilik air. Kebetulan datang orang Aqua untuk menghantar ke rumah pelajar tersebut. Tanpa disedari, lelaki tidak dikenali tadi masuk ke dalam bilik pelajar tadi dan mengambil barang berharga. Pelajar terserampak dengan lelaki tersebut dan menjerit. Pembantu rumah mendengar-cuba menghalang lelaki tadi tetapi dicederakan dengan pisau (cedera pada tangan). Lelaki tesebut melarikan diri dengan seorang lagi rakannya dengan menunggang motorsikal. Pelajar tidak mengalami kecederaan, tetapi kehilangan telefon bimbit, duit dan laptop.


2.
Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1700 WIB
Tarikh : 04 Disember 2010
Tempat : Rumah Pelajar, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar seorang diri di rumah. Ibu kost di tingkat bawah waktu itu kurang pasti ada atau tidak. Pelajar duduk di ruang tamu, tiba-tiba ada orang hadir dipintu rumah; katanya mahu melihat bilik kost untuk adiknya. Lelaki tersebut masuk dan melihat bilik, kebetulan seorang lagi lelaki masuk. Lelaki tersebut melihat-lihat bilik kosong, kemudian langsung pulang. Selepas itu baru pelajar sedar Ipod dan telefon bimbit kepunyaannya hilang.


3.
Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1900 WIB
Tarikh : 27 November 2010
Tempat : Jalan pinggir tol, Pasaraya Tomang Tol, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar menunggu taksi bersama rakan-rakan, sambil memegan telefon bimbit. Tiba-tiba datang sebuah motor meragut telefon bimbit. Pelajar tidak mengalami kecederaan.


4.
Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 1400 WIB
Tarikh : 19 Disember 2010
Tempat : Tanah Abang
Kejadian :
Pelajar ke Tanah Abang untuk membeli barang. Ketika mahu membayar, pelajar baru menyedari dompet yang terdapat dalam tasnya hilang. Tiada kesan torehan pada beg. Kejadian segera dilaporkan pada polisi dan satpam.


5.
Mangsa : Seorang Pelajar Perempuan, UKRIDA, Angkatan 2009
Masa : ± 1500 WIB
Tarikh : 08 Januari 2011
Tempat : Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Pelajar pulang dari kampus menaiki Angkot. Ketika berjalan untuk pulang ke rumah (±200 meter), sebuah penunggang motorsikal cuba meragut beg kuliah pelajar. Pelajar berjaya menyelamatkan diri dan begnya. Penjenayah gagal meragut beg pelajar.


6.
Mangsa : Dua Pelajar Lelaki, UKRIDA, Angkatan 2010
Masa : ± 1200 WIB
Tarikh : 12 Januari 2011
Tempat : Berdekatan SD Santa Monica, Tanjung Duren Selatan
Kejadian :
Seorang pelajar pulang dari kampus, dipanggil oleh beberapa orang di dalam Taksi. Diminta (dengan paksaan) masuk ke dalam Taksi. Disoal siasat berhubung kes kehilangan barang anak kepada majikan orang tersebut. Terdapat empat orang lelaki di dalam taksi termasuk supir. Diminta untuk menghubungi rakannya, untuk memeriksa laptop kepunyaan pelajar tersebut. Rakan datang membawa laptop, dan dipaksa masuk ke dalam taksi. Mereka dibawa ke kawasan berdekatan RS Siloam, disoal siasat dan di peras ugut untuk memberi kad ATM (termasuk nombor pin), telefon bimbit, wang dan laptop. Pelajar ditinggalkan ditepi jalan. Tiada kecederaan berlaku pada pelajar. Laporan polis telah dibuat pada 14 Januari 2011.


7.
Mangsa : Seorang Pelajar Lelaki, UKRIDA, Angkatan 2008
Masa : ± 2200 WIB
Tarikh : 12 Januari 2011
Tempat : Mall Taman Anggrek
Kejadian :
Pelajar berjalan di jalan hadapan Mall Taman Anggrek. Tiba-tiba begnya diragut oleh penjenayah bermotorsikal. Pelajar kehilangan dompet dan isi didalamnya. Tiada kecederaan berlaku pada pelajar.

Notis Kebajikan PKPMI-CJ




0 komen: