Pada Festival tersebut, diadakan jualan gerai yang berkonsepkan Pasar Malam Malaysia. Terdapat 20 gerai yang menjual pelbagai juadah Malaysia seperti Nasi Kerabu, Roti Jala, Pasembor, Nasi Lemak, Nasi Tomato dan pelbagai lagi!
Selain itu, turut ditonjolkan kebudayaan Malaysia melalui persembahan pada Malam hari. Terdapat Tarian Zapin, Tarian India dan Sajak 4 bahasa.
MaFest '10 yang diadakan pada 11 Disember 2010 ini berjaya menarik penyertaan lebih 500 orang pengunjung yang terdiri dari Wakil-wakil Mahasiswa IPT Malaysia, Warga Kementerian Pengajian Tinggi, Warga Malaysia yang berkhidmat di Indonesia, Pelajar Malaysia di Jakarta, Bandung dan Bogor, serta pengunjung dari Indonesia, Somalia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Semoga acara ini akan dapat dianjurkan setiap tahun. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir.
0 komen:
Post a Comment