بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Kami banyak menerima pertanyaan daripada ahli PKPMI Jakarta yang ingin mengtahui perkembangan permohonan kajian semula elaun bagi mahasiswa tajaan. Penjelasan ini diharapkan dapat memberi pemahaman dan maklumat mengenainya diperingkat PKPMI.
Pada 31 Januari 2011, wakil dari PKPMI telah membentangkan Kertas Kerja: Kajian Semula Elaun Mahasiswa Tajaan di Indonesia. Kertas kerja ini sepatutnya dibentangkan pada hujung tahun 2010, tapi ditunda disebabkan terdapat beberapa hal yang tidak mengizinkan. Pada pertemuan tersebut, PKPMI telah mencadangkan dua kajian semula elaun, iaitu Elaun Sara Hidup (ESH) dan Elaun Latihan Amali.
Hasil dari kertas kerja yang dibuat, kami telah mencadangkan ESH per bulan bagi Kadar A sebanyak Rp 4,000,000.- dan Kadar B sebanyak Rp 3,500,000.- Bagi Elaun Amali pula, kami mencadangkan tempoh Elaun Latihan Amali diperpanjangkan menjadi 12 bulan, berbanding sebelum ini hanya selama 3 bulan.
Melalui pertemuan tersebut, En Jazman Azi Jamalludin, PPL Jakarta menyatakan sokongan terhadap Kertas Kajian dan meminta ia dirapikan dengan lebih teliti. Beliau juga mengingatkan bahawa Kajian Semula Elaun ini akan memakan masa yang lama dan berharap pelajar bersabar.
Untuk pengetahuan para pelajar, setiap Kertas Kerja berkaitan pelajar tajaan akan dinilai oleh PPL Jakarta, seterusnya dihantar ke JPA Kuala Lumpur. Setelah ianya diluluskan, ianya akan dinilai oleh Perbendaharaan Negara. Satu pasukan penilai akan dihantar ke beberapa tempat di Indonesia bagi menilai sendiri Kos Sara Hidup dan mendapatkan gambaran jelas mengenai kehidupan mahasiswa tajaan di Indonesia.
Kami dari PKPMI akan terus berusaha bagi memastikan Kajian Elaun Semula Elaun pelajar tajaan mendapat perhatian dari pihak berwajib.
Sekian,
Terima Kasih.
Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli
Yang Dipertua
PKPMI-CJ Sesi 2010/2011
0 komen:
Post a Comment