Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, February 13, 2011
0
[Gambar] Barisan Majlis Tertinggi PKPMI Pusat Sesi 2009/2011

Pada 3-6 Februari 2011 lepas, telah berlangsung Kongres Nasional PKPMI Kali Ke-37 dan Kursus Kepimpinan. Acara yang diadakan di Hotel Grand Santhi, Bali, tersebut dihadiri oleh Majlis Tertinggi PKPMI Pusat dan wakil-wakil PKPMI Cawangan seluruh Indonesia.

PKPMI Jakarta menghantar tiga orang wakil bagi menyertai Kongres berkenaan. Antaranya ialah Ahmad Farid Asyraf (Yang Dipertua), Syed Azlan (Naib Yang Dipertua) dan Ubudiah (Setiausaha). Acara bermula dengan Kursus Kepimpinan pada hari Jumaat, 4 Februari 2011.

Semasa Kursus Kepimpinan, antara penceramah yang dijemput hadir adalah YBhg Prof Zainal Kling, Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, UPSI, dan Senator Ezam Mohd Nor, Senator Dewan Negara. Pada sesi pertama, YBhg Prof Zainal Kling menyampaikan tajuk 'Dasar Kerajaan- Program Transformasi Kerajaan'. Seterusnya disambung oleh Senator Ezam dengan membawa tajuk 'Tanggungjawab Pimpinan Mahasiswa Dalam Memperbaiki Hubungan Antara Malaysia-Indonesia'.

Pada petang hari pula diadakan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK), dengan setiap kumpulan LDK membahaskan tajuk-tajuk yang telah diberikan kepada mereka. Tajuk-tajuk yang dibahaskan adalah:
  1. Model Ekonomi Baru (MEB) ke Arah Malaysia Sebagai Negara Maju Menjelang Tahun 2020
  2. Mahasiswa Malaysia di Luar Negara : Peranan Mahasiswa Sebagai Duta Kecil Negara
  3. Konsep 1Malaysia Dalam Mencapai Perpaduan Kebangsaan: Cabaran Dalam Aspek Toleransi Beragama, Bahasa Dan Adat Budaya
  4. Falsafah Pendidikan Negara: Cabaran Semasa Serta Hala Tuju Mahasiswa Dan Golongan Profesional Di Dalam Era Globalisasi
  5. Strategi Meningkatkan Pelayanan Kesihatan Dalam Mewujudkan Sistem Kesihatan Kelas Dunia
Kongres Nasional PKPMI Kali Ke-37 ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohammed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Pada hari Sabtu (5 Februari 2011) pula, perbahasan Kongres bermula dengan pembentangan Laporan Tahunan, Laporan Kewangan dan perbincangan usul Kongres.

[Gambar] Kongres Nasional PKPMI Kali Ke-37 ketika sesi perbahasan.

Pada persidangan ini juga, telah dipilih Pimpinan PKPMI Pusat sesi 2011/2012. Berikut merupakan pimpinan yang terpilih semasa Kongres berkenaan:

  • Pengerusi Tetap : Sdr Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir
  • Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir
  • Yang Dipertua : Sdr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin
  • Timbalan Yang Dipertua : Sdr Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat
[Gambar] Sesi Dialog Bersama Pegawai JPA, MARA dan Atase Agama Kedubes.

Kami dari PKPMI Jakarta mengucapkan tahniah diatas perlantikan tersebut. Semoga pimpinan baru dapat melaksanakan tugas secara efektif, proaktif dan amanah.


0 komen: