Sumber: http://jpajakarta.blogspot.com/2011/03/peringatan-tentang-peraturan-bercuti-di.html
Klik pada gambar untuk lebih jelas
Semua Pelajar Tajaan JPA (Biasiswa) di Indonesia
Merujuk perkara di atas, diperhatikan bahawa masih terdapat sebilangan besar pelajar tajaan JPA yang telah bercuti di luar negara tajaan TANPA memohon kelulusan pejabat ini terlebih dahulu. Perbuatan tersebut menyalahi peraturan dan pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan displin.
2. Saya suka untuk mengulangi peringatan supaya semua pelajar dapat mematuhi peraturan sedia ada tentang bercuti tersebut. Untuk kemudahan semua pelajar, saya memuat naik sekali lagi Borang Permohonan Bercuti Di Luar Negara Tajaan untuk kegunaan semua.
Sekian, terima kasih.
PPL Jakarta
10 Mac 2011
0 komen:
Post a Comment