Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, April 03, 2011
0

PKPMI Cawangan Jakarta dengan kerjasama JPA Jakarta membawakan kepada anda!

Seminar Fly High 2011
Tarikh: 10 APRIL 2011 (AHAD)
Waktu: 8.00 Pagi -1.00 Petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Speaker Utama: Dr. Wan Mazlan Bin Mohamed Woojdy (Setiausaha MMC)


Seminar Fly High merupakan satu program motivasi yang dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama, akan disampaikan oleh penceramah dari Malaysian Medical Council (MMC). Slot kedua pula, merupakan forum perkongsian daripada pelajar-pelajar berpengalaman dan cemerlang.

Semasa slot pertama, peserta akan dapat mengikuti pendedahan mengenai bidang kesihatan di Malaysia dan cabarannya. Ia merupakan sesi pengenalan daripada penceramah, penyampaian slot dan seterusnya adalah sesi interaktif, iaitu soal-jawab.

Seterusnya, forum perkongsian pada slot kedua akan dikendalikan oleh seorang moderator dan tiga orang panelis. Panelis-panelis ini merupakan pelajar yang telah lulus cemerlang mendapat Ijazah Kedokteran, pelajar perubatan klinikal, dan pelajar pergigian klinikal. Sesi ini bersifat ringan tetapi tidak terlalu santai, bersifat interaktif dan menuntut para pelajar supaya mengaktifkan diri untuk bersoal jawab.



Tentatif Program
8.00 am Pendaftaran peserta
8.15 am Ketibaan VIP dan Penceramah, Kata-kata aluan, Bacaan Doa
8.25 am Ucapan oleh Encik Jazman Azi Jamalludin (JPA Jakarta)
8.40 am Ucapan dan Perasmian Timbalan Ketua Perwakilan KEDUBES M'sia
9.00 am [Slot 1]Pendedahan dan Cabaran Pegawai Perubatan di Malaysia
Disampaikan oleh Dr. Wan Mazlan Bin Mohamed Woojdy
Setiausaha Malaysian Medical Council (MMC)
10.30 am Sesi Soal-Jawab, Penyampaian Cenderamata
10.45 am Minum Pagi
11.00 am [Slot 2] Forum Perkongsian Pelajar , Sesi Soal-Jawab
12.30 am Penyampaian Cenderamata, Selesai, Makan Petang

Daftarkan penyertaan anda selewatnya Khamis (7 April 2011) kepada:
Univ Prof Dr Moestopo - Liyana Amran 08
Univ Trisakti - Ubudiah 08
Univ Indonesia - Hasanah 07
UKRIDA - Atiqah Nordin 09

0 komen: