Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, April 14, 2011
0
Pada 10 April 2011 yang lepas, PKPMI Cawangan Jakarta dengan kerjasama JPA Jakata telah berjaya menganjurkan Seminar Fly High 2011. Seminar yang bertempat di Dewan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia ini, dihadiri oleh lebih 150 peserta, terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia dalam jurusan Perubatan dan Pergigian seluruh Jakarta.

Acara ini dirasmikan sendiri oleh En Jazman Azi Jamaluddin, PPL JPA Jakarta. Seterusnya, Seminar diisi oleh Slot 1: Pendedahan dan Cabaran Bidang Perubatan di Malaysia, oleh Dr Wan Mazlan Mohamed Woojdy, Setiausaha Malaysian Medical Council (MMC). Banyak manfaat yang didapat melalui slot ini. Peserta yang hadir juga memberi respon positif dengan wujudnya seminar ini.

Seterusnya adalah Slot 2: Forum Perkongsian Pelajar. Forum ini diisi oleh seorang moderator dan tiga orang barisan panelis. Antara panelis adalah Sdr Wira Alfatah Abdul Aziz (FK Trisakti '05), Sdri Hazwani Abdul Raffar (FK UI '06) dan Nur Intan Adura (FKG Moestopo '05).

Semoga melalui Seminar Fly High 2011 ini dapat menjadi pemangkin dan pendorong semangat buat para mahasiswa/i perubatan dan pergigian untuk lebih bersemangat dalam pembelajaran serta meneruskan kerjaya sebagai doktor dan doktor gigi. PKPMI-CJ memohon maaf jika terdapat kekurangan sepanjang seminar berlangsung.

Majlis Perasmian oleh En Jazman Azi Jamaluddin, JPA Jakarta.

Slot 1: Pendedahan dan Cabaran Bidang Perubatan di Malaysia. Disampaikan oleh Dr Wan Mazlan Mohamed Woojdy, Setiusaha MMC.

Penyampaian Cenderamata kepada Dr Wan Mazlan seusai slot beliau tamat.

Forum Perkongsian Pelajar. Dari kiri; Sdri Intan, Sdri Hazwani, Sdr Wira, dan Sdr Asri.

Penyerahan cenderamata kepada barisan panelis.

0 komen: