Assalamualaikum wbt.
Pada 27hb Jun 2011 yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Jalarta (PKPMI-CJ) dengan kerjasama Kelab Umno Jakarta (KUJ) telah mengadakan Majlis Perpisahan yang bertujuan untuk meraikan Pengarah EMI Dato' Paduka Dr. Junaidy bin Abu Bakar dan pegawai MARA Pn. Nor Uyon bt. Shoib berhubungan tamatnya tugas mereka di sini dan akan berangkat pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Majlis yang bermula sekitar jam 7.30 malam dan bertempat di dewan besar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ini dihadiri oleh ramai mahasiswa Malaysia yang antaranya dari Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA), Universitas Trisakti, Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah Universitas Indonesia dan Universitas Prof. Dr. Moestopo. Turut hadir menjayakan majlis adalah Pegawai MARA yang baru tiba, En. Abdul Hadi bin Ibrahim dan isteri, serta pegawai-pegawai lain dari Kedutaan Malaysia.
Kami dari pihak PKPMI-CJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Paduka Dr. Junaidy dan Pn. Nor Uyon atas perkhidmatan mereka sepanjang di Jakarta ini, serta semua pelajar yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang majlis tersebut.
0 komen:
Post a Comment