Pada 6 Mei 2012 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Jakarta baru-baru ini dengan gilang gemilangnya PKPMI-CJ telah
menganjurkan Malaysian Festival 2012 (MAFEST
`12) yang merupakan sebagai
salah satu aktiviti rehat minda yang melibatkan semua pelajar bagi setiap
universiti serta pegawai-pegawai yang bertugas di Jakarta. Pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum akan
dipertontonkan sebagai hiburan. Selain itu, turut diadakan juga aktiviti gerai
jualan makanan tradisional, pakaian dan booth-booth kesihatan. Dengan adanya aktiviti gerai jualan, diharap
agar pelajar dapat menguasai skil-skil perniagaan disamping dapat saling
bekerjasama dalam suatu kumpulan. MAFEST ’12 pada
kali ini bertemakan.
“MaFesT ’12 - ITS THE ART OF UNITY”
Tema program MAFEST `12 ini ialah “ITS THE ART OF UNITY”. Tema ini
amatlah jelas menunjukkan seni merupakan salah satu jalan terbaik bagi membina
hubungan dua hala bagi kedua-dua negara nusantara ini iaitu Malaysia dan
Indonesia. Selain itu, tema ini juga membawa makna kesatuan dan kesepakatan
yang utuh kerana kita merupakan satu rumpun nusantara sejak berabad lamanya.
|
Program MAFEST
`12 ini mendukung beberapa objektif
yang diharapkan agar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara objektif bagi MAFEST `12 adalah:
1.
Memperkenalkan dan Memperkayakan budaya Malaysia
Mahasiswa Malaysia di Jakarta ini tergolong dari pelbagai bangsa dan kaum.
Oleh itu, dalam usaha merapatkan serta memperkenal budaya sesama bangsa,
program MAFEST `12 ini diharap dapat mencapai matlamat tersebut. Ia juga bertujuan memperkanalkan Malaysia kepada negara
luar khususnya Indonesia dan diharap dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala
negara berkenaan.
2.
Mengeratkan hubungan bilateral antara dua negara Malaysia-Indonesia
Sebagai mahasiswa luar negara, seharusnya hubungan yang erat dapat tercipta
sama ada sesama negara hinggalah hubungan bilateral dua negara.
3.
Berhibur dengan cara sihat
Hiburan merupakan antara suatu komponen yang diperlukan dalam kehidupan.
Dengan suasana pembelajaran dan demografik penduduk Jakarta yang padat,
pastinya mahasiswa Malaysia mencari hiburan sesekali bagi mengisi masa
terluang. Oleh itu, PKPMI-CJ menyediakan wadah yang sedikit ini dengan
menjayakan program MAFEST `12.
4.
Melatih ilmu keusahawanan
Mahasiswa
Turut diselitkan dalam program MAFEST `12 adalah jualan
gerai yang mengambil konsep Pasar Malam di Malaysia. Jualan gerai yang
dilakukan oleh mahasiswa ini diharap dapat menambah ilmu keusahawanan disamping
memperkayakan pengalaman dalam perniagaan.
Semoga
program MAFEST `12 pada kali in ini
mampu melahirkan sebuah gagasan mahasiswa yang berfikiran baru namun tetap
berupaya mengekalkan elemen budaya bangsa Malaysia. Ia juga diharap dapat merapatkan hubungan dua hala antara
Malaysia-Indonesia yang merupakan sebuah negara nusantara. Kami berharap MAFEST `12 ini akan mendapat sokongan dari segi kewangan
dan kemudahan semua pihak dalam usaha menjayakannya, dipermudah segala urusan
kita dalam mengatur gerak kerja serta agar usaha yang sedang dan bakal kita
jalankan dikira sebagai amal soleh dan diberi ganjaran pahala daripada-Nya. Sekian.
0 komen:
Post a Comment