Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, September 19, 2012
0



Assalamualaikum dan Salamat Sejahtera.

          Pada 15-16 September 2012 kelmarin, kami daripada PKPMI-CJ telah melangsungkan program orientasi 'Wonderful Orientation Weekend (WoW 2012)' bersama adik-adik Mahasiswa Angkatan 2012.

           
         Program Wonderful Orientation Weekend (WOW 2012)   merupakan salah satu program yang dianjurkan PKPMI-CJ yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan dan suasana hidup di bumi Indonesia khususnya di Jakarta kepada mahasiswa/mahasiswi Malaysia baru angkatan 2012.

          Program selama dua hari satu malam ini, akan memberikan info-info tentang Kedutaan Besar Malaysia khususnya Education Malaysia (EM), maklumat urusan imigrasi dan keselamatan serta aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab. Maklumat-maklumat awal seperti ini akan disampaikan kepada pelajar-pelajar baru agar mereka lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan baru di bumi Jakarta ini.

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Membantu mahasiswa dan mahasiswi baru beradaptasi dengan perubahan sosial dengan sikap yang positif.
  2.  Memberi pendedahan kepada mahasiswa baru tentang kewujudan dan peranan PKPMI-CJ.
  3. Menjana hubungan kekeluargaan yang lebih harmonis dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Jakarta.

          Di sini kami mengucapkan terima kasih atas partisipitasi hangat adik-adik sekalian yang menjayakan program tersebut. Pengalaman bersama adik-adik tidak akan kami lupakan.

          Kami juga berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah menaja program kami serta menjadikan program ini dapat direalisasikan. Taniah dan terima kasih juga diucapkan kepada 'Team WOW 2012' kerana menganjurkan program tersebut dengan sebaiknya serta dengan jayanya.

    Akhir kata,  kami berharap sekiranya ada angkatan yang baru pada tahun akan datang program ini dapat diteruskan lagi. Kami juga memohon kemaafan kepada semua sekiranya adanya kekurangan atau masalah serta kesulitan selama program tersebut kami jalankan.




































0 komen: