Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, June 10, 2013
0





Assalamualaikum dan salam sejahtera

         Pada tanggal 9 Jun 2013 yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke 43 yang bertempat di Dewan Malaysia Jakarta

    Pertemuan yang mengumpulkan pelajar-pelajar malaysia di Jakarta ini bertujuan untuk membincangkan dan menilai semula gerak kerja PKPMI sebagai wadah mahasiswa dalam mendepani isu pelajar Malaysia di Jakarta secara keseluruhannya. Selain itu, acara tahunan ini menjadi penutup kepada sesi yang lama sebelum memulai sesi yang baru dengan pimpinan yang baru dan segar.

     Banyak renpons yang baik serta membina diutarakan oleh ahli sendiri yang mahu melihat perubahan ke arah yang lebih baik seperti isu kebajikan pelajar, partisipasi ahli dalam aktiviti PKPMI, dan juga memaksimalkan fungsi persatuan ini sebagai badan mahasiswa yang lebih progresif.

     Di hujung mesyuarat ini, tampuk pimpinan baru 2013/2014 diperkenalkan selepas proses pemilihan ala pilihan raya dilaksanakan. Berikut adalah penyandang bagi jawatan majlis tertinggi PKPMI cawangan Jakarta.


Yang DiPertua
Luqman Hakim Mohd Jais

Timbalan YDP
Nadirah Hassan

Pengerusi Tetap
Jasreena Kaur Sandal

Timb. Pengerusi Tetap

Muhammad bin Shahrulzaman



Semoga pimpinan PKPMI- cawangan Jakarta bagi sesi baru akan terus cemerlang dalam menerajui PKPMI ke arah yang lebih baik dan mantap.

0 komen: