Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, May 26, 2014
0
Pada 9- 11 Mei 2014 yang lalu, PKPMI Pusat telah mengadakan Bandung Games 2014, suatu program yang menggabungkan banyak sukan dan permainan untuk dipertandingkan. Seluruh cawangan PKPMI akan turut serta dalam pertandingan ini dan Jakarta tidak melepaskan peluang untuk memberikan saingan dalam sukan yang dipertandingkan.

Jakarta menghantar kontinjennya untuk menyertai semua sukan yang dipertandingkan antaranya, futsal, bola keranjang, ping pong, bola jaring, bola tampar, dan badminton dalam kategori lelaki dan perempuan. 








Pertandingan yang diadakan di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar Malaysia di Indonesia.



Jakarta telah berjaya mendapatkan 4 pingat gangsa dalam sukan futsal perempuan, bola jaring, bola tampar lelaki, dan bola keranjang lelaki. Untuk keseluruhan, Jakarta telah merangkul tempat ke-4 dari 16 cawangan yang turut serta dalam Bandung Games.

Akhirnya, kontinjen Jakarta dengan jolokan Dark Chimera, boleh mara ke hadapan dalam setiap pertandingan dengan syarat pembinaan dan latihan dapat dimantap dari semasa ke semasa. 

Moga Jakarta boleh menggondol banyak lagi pingat dalam pertandingan yang lain pada Bandung Games akan datang.

0 komen: