Dengan objektif untuk mempromosikan 14 negeri-negeri di Malaysia dan keunikan tempat yang ada kepada rakyat Indonesia pada tahun ini, program tidak ketinggalan untuk mengenengahkan budaya seperti makanan, pakaian dan nilai yang ada di Malaysia.
Jumlah pengunjung yang hadir pada
program ini adalah 198 orang yang
mana terdiri daripada mahasiswa Malaysia, mahasiswa Indonesia, staf-staf
Kedutaan, rakyat Malaysia di Jakarta serta mahasiswa Malaysia dari luar Jakarta
seperti Bogor dan Bandung. Tidak ketinggalan juga tetamu VIP daripada Malaysia
iaitu Pengarah Strategik kepada Perdana Menteri Malaysia, Y.B. Dato’ Haji
Irmohizam bin Ibrahim. Penganjuran pada tahun ini dianggap berjaya kerana ramai
mahasiswa Indonesia yang turut hadir bagi memeriahkan program berkenaan.
Pelbagai program menarik disajikan kepada hadirin, antaranya, jualan gerai makanan malaysia, pameran, persembahan, pertandingan video dari setiap angkatan dan juga pertandingan pakaian tradisional terbaik. Selain itu, hadiah hadiah menarik juga telah berjaya dimenangi melalui cabutan bertuah seperti tiket percutian ke Bali, Semarang sehinggalah voucher beli belah dan sebagainya.
Tuntasnya, program ini mencapai objektif dalam mempromosikan budaya Malaysia kepada masyarakat indonesia khususnya mahasiswa universiti yang belajar bersama dengan pelajar Malaysia. Semoga program ini dapat diadakan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

0 komen:
Post a Comment