Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Thursday, August 29, 2013
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 23 dan 24 Ogos 2013, Persatuan kebangsaan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Jakarta menerusi Biro Perhubungan, Infomasi dan Promosi telah melaksanakan program “ Route of Reality “. Program ini adalah program motivasi yang disasarkan kepada pelajar tingkatan 4 yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun depan, dan memberikan bekalan dan kompas tentang perjalanan hidup mereka pasca persekolahan.


Bertempat di SMK Zon R1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pelbagai slot menarik direncanakan bagi menambah seri program tersebut, yang terdiri daripada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sukan, ceramah, dan tayangan video.


Secara keseluruhan, program mencapai sasaran yang telah diletakkan, dan juga ikatan persahabatan dapat diikat antara pihak PKPMI dan pihak sekolah serta pelajar khususnya. Selain itu, satu nilai tambah buat ahli jawatankuasa PKPMI untuk menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dan mempertajamkan kemahiran komunikasi.
 
 
                               









0 komen: