Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, August 26, 2014
0


1. Sekiranya Berlaku Rusuhan
Pihak PKPMI Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ)ingin mengingatkan pelajar-pelajar agar sentiasa berhati-hati terutamanya apabila berada di luar tempat kediaman, jangan ikut serta dalam sebarang demonstrasi dan menghindari diri dari sebarang provokasi. Pelajar diminta untuk merujuk kepada PKPMI-CJ sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini. Diingatkan juga supaya para pelajar mengelak daripada berada di kawasan 'hot spot' dan digalakkan untuk berada di rumah sahaja. Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi nombor yang dilampirkan di bawah dan InsyaAllah tindakan segera akan diambil. Terima kasih.
1. Sentiasa mengambil maklum situasi semasa dan berita perdana tempatan.
2. Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya dan berpotensi bagi aksi keganasan.
3. Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang bersalahan dan bercanggah dengan undang undang pihak berkuasa tempatan.
4. Memaklukan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aksi yang disyaki sebagai keganasan dan jenayah.
5. Melaporkan kepada pihak EM Indonesia, penaja, universiti dan rakan rakan sekiranya mendapat sebarang maklumat yang mungkin boleh mengancam keselamatan pelajar Malaysia.
6. Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat yang sunyi.
7. Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana pun anda berapa terutama pada lewat malam.
8. Gunakan laluan yang digunakan orang ramai.
9. Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat kumpulan orang ramai yang berkumpul terutamanya golongan remaja.
10. Gunakan laluan alternatif dan jangan dihiraukan sekiranya anda diejek atau dilemparkan kata kata yang kurang menyenangkan.
11. Berhati hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali untuk bertanyakan sesuatu.
12. Sentiasa berwaspada dan peka akan keadaan sekeliling anda. 

2. Sekiranya Berlaku Bencana Alam Seperti Banjir

3. Untuk Kes Kecurian atau Rompakan

Jika berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi :
En Kamarul Azhar  - 081808941100
En Maximilian  - 087888494711
Saudara Muhamad Shazwan - 087889553350 
Saudara Uzairie - 082113893550
Malaysia Hall Jakarta - 02131920548 (24 jam)

0 komen: