Pada 9 November 2014, pihak dari Persatuan
Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ)
telah menganjurkan Program Outreach Perdana Global Peace
Foundation (PGPF). Program ini melibatkan kesemua mahasiswa Malaysia di Jakarta dan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang "criminelise war" dan memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.
Acara dimulakan seawal jam 8 pagi
bertempatkan di Kedutaan Besar Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program seperti, jualan gerai, pameran, persembahan, ceramah dan kutipan
derma dan ‘flashmob’.
Acara ini disambut meriah ditambah
pula dengan kehadiran para mahasiswa di luar Jakarta. Program ini
sedikit sebanyak telah berjaya meraih sumbangan dana hasil dari pelaksanaan acara pada hari tersebut disumbangkan ke pihak Perdana Global Peace Foundation selain hasil sumbangan dari pihak PKPMI Pusat dan PKPMI-CJ sendiri.
Selain itu,
dendangan nasyid yang bertemakan perjuangan dan persembahan flashmob yang disertai oleh semua hadirin termasuk para VIP sedikit sebanyak telah
memberi kesan yang mendalam dan kesedaran terhadap para tetamu yang telah
hadir.
Lebih dari 200 orang tetamu yang telah hadir pada program tersebut dan wakil dari Outreach Global Peace
Foundation sendiri untuk membicarakan
dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai apa berlaku disana.
Program tersebut telah berjalan dengan selamat dan lancar dan tercapai objektifnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Program tersebut telah berjalan dengan selamat dan lancar dan tercapai objektifnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
0 komen:
Post a Comment