Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, October 17, 2008
0

Pada 15/10/2008 jam 8 malam, Sdra Nabieh (YDP PKPMI-CJ), Sdra Rizal (KUJ) dan Sdra Akmal (PKPMI-Pusat) telah mengadakan pertemuan di Mall Taman Anggerik. Pertemuan 3 penjuru yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju PKPMI-KUJ dalam menjaga kebajikan para pelajar di Jakarta melalui aktiviti dan program yang dijalankan.

Antara kata sepakat yang telah dicapai:
  1. Kami sangat menggalakkan para pelajar mendaftarkan diri dengan PKPMI-CJ dan KUJ dan memperbaharui keahlian setiap tahun
  2. PKPMI-CJ dan KUJ bersepakat tentang pentingnya perpaduan dikalangan pelajar Malaysia di Jakarta. Maka kerjasama yang erat dan komunikasi yang baik akan sentiasa dipelihara dan tidak timbul lagi soal persaingan tidak sihat. Apa yang penting adalah perpaduan, keharmonian dan kebajikan semua pihak terpelihara. Sikap berpuak-puak di antara kelab-kelab mahupun universiti-universiti mesti dihakis demi kebaikan semua
  3. PKPMI-CJ dan KUJ akan berganding bahu dalam banyak perkara supaya lebih banyak aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dapat dijalankan di Jakarta
  4. PKPMI-CJ dan KUJ tidak perlu menanggalkan identiti masing-masing, tetapi dengan identiti tersendiri, PKPMI-CJ dan KUJ akan bergerak seiring dalam perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada para pelajar
Dalam masa yang terdekat ini, PKPMI-CJ, KUJ dan PKPMI Pusat akan berganding bahu untuk mengadakan HARI TERBUKA MALAYSIA di Tg. Duren, Jakarta Barat. Maklumat lanjut akan disampaikan dari masa ke masa.

Sekian, Terima kasih.

0 komen: