Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, October 03, 2008
4

PKPMI-CJ telah mengajukan satu proposal kepada pihak Malaysia Airlines (MAS) dengan tujuan untuk memohon harga istimewa kepada para pelajar Malaysia yang menggunakan penerbangan MAS. Secara khusus, harga istimewa yang diminta adalah untuk para pelajar Malaysia di Jakarta, tetapi jika MAS bersedia untuk meluaskannya ke tempat-tempat lain di Indonesia, maka hal itu tentulah lebih baik.

Hal ini bertitik tolak daripada perbualan tidak rasmi dengan pihak MAS di Indonesia beberapa bulan lepas.Mereka berminat untuk mendengarkan idea dan permintaan para pelajar.

Antara perkara utama yang dimuatkan dalam proposal tersebut adalah:
  • PKPMI-CJ meletakkan syarat harga istimewa hanya diberikan kepada ahli-ahli PKPMI-CJ yang aktif (memperbaharui keahlian setiap tahun dan membayar yuran tahunan)
  • PKPMI-CJ akan membuat kad ahli sebagai bukti kepada MAS sewaktu membuat pembayaran harga tiket pesawat
  • Syarat-syarat tempahan dan pembayaran yang disepakati dengan pihak MAS melalui perbincangan lanjut


Marilah kita semua berdoa supaya MAS akan memberikan respon yang positif sehingga manfaatnya dapat diperoleh kita semua=)

Ahmad Nabieh Abqory
YDP PKPMI-CJ.

4 komen:

misha omar said...

ow yeke..bgus la.. tp nak btulkan cket leyh, ats tu mas 747, route kita pkai yg kecik jek, plg2 a330..huhu. emm nk tmbah lg, mas juz awarded '5-star' airline (only 6 selected worldwide)for 2008.. before this pon da pnh da..
PROUd to be malaysian =]

siti nurhaliza said...

2 cik misha..
saya pun nk betulkan...
hehe..ade jgak mas pkai flight yg besar mcm klm..
raye hr2 saya naik mas...
mmg besar..
so,xdela die pkai yg kecik jek..
sekali sekal die akan pkai yg besar..
so,marilah naik beramai-ramai..
sgt best sampai rase mcm xnk trun jek..
hehe..

misha omar said...

eh eh kak siti..
lama x dgr cter..sihat?
dato' sehat x?hehe..
amboiiii, smpai x nak trun..
klu gitu, bina la rumah dlm kapal trbang, x yah susah2 kna trun..
dato' kn byk duit..
gesek la sikit..hehe =]

fasha sandha said...

yap.
slalunye MAS akan gune flight besar untuk international routes.
kdg2 if ade promosi ..die akan cover cost dgn gune flight boeing737-400.lebih kecil.
tp seriusss
bes gileeerrrr naik MAS
hrp sgt proposal nih menjadi.
apepon tenkiu ye cik nabieh ;)