Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, March 29, 2009
0

Get your own Box.net widget and share anywhere!

Disebabkan tiada pencalonan yg diterima ketika tarikh akhir tamat pada 3 April 2009, maka pemilihan YDP akan dijalankan melalui cara yg biasa iaitu pencalonan dan pengundian diadakan sewaktu AGM pada tarikh 19 April 2009. Terima kasih.

Menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan ahli jawatankuasa PKPMI-CJ sesi 2008/09, suatu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada jam 8.30 pagi hari Ahad, 19 April 2009 bertempat di Dewan Utama Kedutaan Besar Malaysia. Hanya ahli-ahli PKPMI-CJ yg telah atau akan membayar yuran tahunan sesi 2008/09 yang berhak menghadiri mesyuarat tersebut. Pembayaran masih dapat dibuat sebelum mesyuarat berlangsung.


Sehubungan dengan itu, satu sesi pengundian untuk memilih YDP bagi sesi 2009/10 akan dijalankan pada hari berkenaan. Pada tahun ini, suatu konsep baru dalam pemilihan akan dijalankan. Ahli-ahli yang berminat untuk dicalonkan atau mencalonkan diri perlulah mengisi borang pencalonan yg disediakan di atas dan menghantarkannya kepada pkpmi_cj@yahoo.co.id sebelum tarikh 3 April 2009 (Jumaat), jam 9 malam. Sila emailkan juga gambar calon (sebaiknya gambar berukuran pasport). Setelah menerima borang-borang pencalonan, PKPMI-CJ akan mengemaskini dan membuat pengumuman mengenai calon-calon yang bertanding melalui blog rasmi PKPMI-CJ.


Setiap calon yg bertanding perlu mewar-warkan manifesto masing-masing sewaktu mengisi borang pencalonan mahupun sepanjang tempoh kempen berlangsung. Kempen dapat dilakukan melalui risalah, brosur, poster, sms, blog, pidato umum dan sebagainya. Sewaktu AGM diadakan pada tarikh 19 April, suatu debat umum akan diadakan dikalangan calon-calon yang bertanding. Calon-calon akan diberi peluang untuk mempromosikan manifesto masing-masing, bertanya soalan kepada calon-calon lain dan juga mengkritik manifesto mereka secara profesional. Selanjutnya akan diikuti oleh pengundian daripada ahli-ahli. Calon yang mendapat jumlah undian terbanyak akan terpilih sebagai YDP bagi sesi 2009/10 dan calon dengan jumlah undian kedua tertinggi akan terpilih sebagai Timbalan YDP bagi sesi 2009/10. Sewaktu AGM berlangsung, Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Juru audit 1 & 2 untuk sesi 2009/10 akan dipilih terlebih dahulu sebelum pengundian terhadap calon-calon YDP diadakan.


Carta aliran proses pemilihan

Calon mengisi borang pencalonan YDP sesi 2009/10

Pencalonan disokong oleh sekurang-kurangnya 2 orang

(calon dan penyokong mestilah telah melunaskan yuran tahunan PKPMI-CJ sesi 2008/09)

Emailkan borang ke pkpmi_cj@yahoo.co.id selewat-lewatnya pada 9 malam, Jumaat, 3 April 2009. Borang yang lambat diterima akan ditolak

Nama-nama calon yang bertanding akan dimaklumkan di blog PKPMI-CJ

Calon-calon boleh mulai berkempen (brosur, sms, blog, pidato umum dll)

Pada 19 April : Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi, Juru Audit 1 & 2 bagi sesi 2009/10 akan dipilih

Debat terbuka di antara calon-calon YDP

Pengundian

Pengumuman tentang YDP & Timb. YDP bagi sesi 2009/10





0 komen: