Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Monday, March 09, 2009
0

Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera.

PKPMI-CJ mengucapkan Selamat Bercuti kepada pelajar-pelajar yang sedang bercuti dan kepada pelajar yang sudah kembali ke Jakarta, Selamat Meneruskan Perjuangan!

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulid Rasulullah saw (walaupun para ulama berselisisih pendapat tentang tarikh kelahiran sebenar baginda saw). Semoga perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah Tauhid dan kedamaian kepada seluruh umat dunia akan dapat kita hayati dalam kehidupan seharian tanpa mengira latar belakang agama. Baginda diutus untuk menyampaikan pesanan-pesanan daripada Sang Pencipta supaya umat manusia hidup sesuai dengan ketetapan-ketetapannya. Pesanan-pesanan Sang Pencipta yang meliputi aspek keagamaan, moral, ekonomi, perundangan,sosial dan politik wajar diberikan perhatian yang serius oleh umat dunia khususnya umat Islam.

Kami ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan tentang tamatnya kontrak beberapa pegawai Kedutaan Besar Malaysia seperti En Rosli bin Sakimin (Setiausaha 1 Pendidikan), Tn Hj Elias bin Jaafary (Warden Wisma Malaysia) dan Pak Osman. Jika tiada sebarang aral melintang, Pak Rosli dan Pak Warden akan pulang ke tanah air pada penghujung bulan Mac dan memulakan tugas di tempat yang baru. Oleh yang demikian, marilah kita semua mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpisah dan terima kasih sebanyak2nya kepada kesemua mereka yang telah banyak membantu dalam menguruskan kehidupan kita di perantauan ini. Jasa mereka akan kita kenang selamanya.

Berhubung dengan aduan bantuan elaun sara hidup JPA dan MARA yang dinilai sebagai tidak mencukupi, kami berharap agar semua pelajar berkenaan mengamalkan sikap berjimat cermat terutama dalam waktu krisis ekonomi global ini. Sebagai makluman, walaupun perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali namun respon yang diterima daripada pihak atasan adalah tidak menggalakkan sebarang kenaikan elaun. Kami juga melihat bahawa jika kita bersikap jujur, elaun yang diberikan masih mencukupi jika ia digunakan dengan cara yang baik. Adalah kurang bijak jika masih terus membandingkan bantuan elaun sara hidup yang diterima di sini dengan bantuan yang diterima oleh rakan-rakan di negara lain.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa PKPMI-CJ akan mengadakan satu mesyuarat ahli dan satu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dalam masa terdekat. Hal ini bagi membolehkan ahli jawatankuasa bagi sesi 2008/09 melepaskan jawatan masing-masing dan memberikan laluan kepada ahli jawatankuasa yang baru untuk memimpin persatuan ini. Suatu pilihan raya umum untuk memilih YDP yang baru akan dilaksanakan sebelum MAT dan mekanisma tentang penamaan calon, kempen, pidato dan sebagainya akan dimaklumkan secepatnya. Pada ketika ini, ahli jawatankuasa yang sedia ada sedang mengemaskinikan data-data dan menyelesaikan tugas-tugasan yang masih belum sempurna. Antaranya adalah pembuatan t-shirt rasmi dan pembuatan kad ahli sementara.

Kami juga sedang meluaskan dan memantapkan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang berminat untuk menjadi rakan PKPMI-CJ. Tujuannya adalah untuk mendapatkan diskaun dan pakej istimewa daripada pihak-pihak berkenaan untuk para pelajar yang aktif membayar yuran tahunan PKPMI-CJ. Buat masa ini, kerjasama telah berjaya dibentuk dengan Gramedia, KL Village, Medik Bookstore dan sebuah kedai cermin mata. Adapun kerjasama dengan MAS dan lain-lain masih belum ada kepastian. Justeru itu, kami memohon supaya para pelajar yang masih belum melunaskan yuran tahunan sesi 2008/09 supaya dapat berbuat demikian melalui mana-mana AJK PKPMI-CJ di universiti masing-masing supaya sdra/ri dapat menikmati manfaat sebagai ahli aktif PKPMI-CJ.

Sekian, terima kasih.

PKPMI-CJ sesi 2008/09

0 komen: