Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Sunday, June 27, 2010
0

"Untukmu, Palestina tercinta,
Kami penuhi panggilanmu,
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia,
Kami kan terus bersamamu.."


Peduli Palestin: Kami Bersamamu!

PKPMI-CJ membawakan kepada anda program "Program Peduli Palestin: Kami Bersamamu!" dengan mengundang khas sukaralewan yang terlibat dalam misi menggegar dunia tempoh hari Life Line 4 Gaza (LL4G).

Dr. Syed Muhammad Haleem yang merupakan penceramah pada program perkongsian ini merupakan:

1. Pegawai Perubatan, Poliklinik Alhikmah, Seksyen 7, Shah Alam
2. Suami dan bapa kepada 5 anak.
3. Berpengalaman:
a. Misi kemanusiaan Acheh
b. Misi kemanusiaan Pakistan
c. Misi kemanusiaan banjir di Segamat dan Pekan
d. Misi Gempa Padang
e. Sukrelawan misi kemanusiaan Gaza-Marvi Marmara.
4. Lulusan : MBBS Turki.
5. Menganggotai NGO: Ketua Biro Kemanusiaan dan Bantuan Haluan Malaysia, AJK Kelab Kesihatan Haluan.

Bersama kita sehari berkongsi dan selamanya berdemonstrasi untuk Palestin.

Butir-butir Program
Peduli Palestin: Kami Bersamamu!
Tempat: Dewan Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 3 Julai 2010 (SABTU)


Bagi menjayakan program ini, kami mengenakan sedikit bayaran bagi para hadirin iaitu sebanyak Rp 20k. Separuh daripada jumlah ini akan kami infaqkan.

Jom ramai-ramai sertai!

Jemput rakan-rakan dari seluruh Indonesia!

[Anjuran PKPMI-CJ Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Kelab Umno Jakarta]

0 komen: