Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Tuesday, November 16, 2010
0
Sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 November 2010 (RABU) ini, kami menjemput saudara/saudari semua untuk merayakannya di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Acara akan berlangsung berdasarkan tentatif dibawah.

6.45 am - Ketibaan muslimin dan muslimat
7.00 am - Ketibaan TYT Dato Duta Besar & YBhg. Datin
7.10 am - Taklimat solat hari raya aidiladha.
7.15 am - Solat sunat aidiladha berjamaah - khutbah hari raya aidiladha
7.45 am - Jamuan ringan / persiapan melaksanakan ibadah qurban
8.00 am - Gotong royong sembelih haiwan korban dan persediaan menyediakan jamuan
11.40 am - Solat zuhur
12.30 pm - Makan tengahari dan bersurai

Bagi saudara/saudari yang hadir, digalakkan untuk membawa pakaian tambahan bagi sesi gotong royong Qurban. Kedatangan anda sangat dialu-alukan. PKPMI-CJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H! Semoga ibrah dari pengorbanan Ibrahim dan anaknya, Ismail dapat kita hayati bersama.

0 komen: