Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Wednesday, January 05, 2011
0

Pada 19 Disember 2010 yang lepas, PKPMI Cawangan Jakarta dengan kerjasama Bahagian Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menganjurkan Seminar Pengurusan Jenazah. Acara yang bertempat di Masjid Assalam, Kedutaan Besar Malaysia ini bermula sekitar jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh Mahasiswa Malaysia dari Universitas Kristen Krida Wacana, Universitas Trisakti, Universitas Islam Negeri Syariff Hidayatullah dan Universitas Prof Dr Moestopo. Turut yang hadir sebagai tetamu adalah pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia.

Acara bermula dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Abdul Aziz, Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia, Indonesia. Seterusnya adalah makan pagi dan seminar bermula. Seminar disampaikan oleh Ustaz Azhari Roslan dari Yayasan Amal Malaysia, dan juga merupakan Pengerusi Tetap PKPMI-CJ.

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat. Mohon maaf jika terdapat kekurangan dipihak kami. Berikut merupakan video sepanjang seminar berlangsung.


0 komen: