Album PKPMI-CJ 09/10

Album gambar aktiviti-aktiviti yang melibatkan PKPMI-CJ

Friday, September 13, 2013
0


Pada 7 dan 8 September 2013 yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta telah mengadakan Program ‘Wonderful Orientation Weekend’ atau lebih dikenali dengan WOW untuk menyambut adik-adik junior 2013 yang baru datang ke Jakarta bagi menyambung pelajaran dalam perubatan. 

Selain itu, PKPMI berpandangan bahawa program ini adalah medium terbaik untuk pelajar baru khususnya diberikan pendedahan tentang kehidupan di sini serta perkenalan bersama senior yang sedang belajar di Jakarta.

Harapannya, moga adik-adik dapat terus berazam kuat untuk mengejar cita-cita sebagai doktor pada masa hadapan serta perhubungan yang baik antara adik-adik yang baru dan senior dapat dibentuk untuk memperkukuhkan komuniti kecil pelajar Malaysia di sini.








0 komen: